Rabu, 25 September 2013

Gubahan Bunga Hiasan


Tarikh : 21 Sep 2013
Tempat : Bangunan SUK Negeri Perak
Acara: Gotong royong majlis regimental 2Bgd

2 Wksp Bgd memang terkenal dengan hias menghias ini sebarang majlis. Tak kira majlis, walau dimana pun diadakan bahagian hiasan mesti tugas 2 Wksp. Aku pun turut sama dalam bahagian ini. Sedikit sebanyak dapat juga menimba ilmu hias menghias ini yang mana tidak pernah diajar didalam kelas, tetapi hanya perlu ringankan tulang membantu tim ini yang di ketuai oleh Pw 2 Saharudin.


En Rosli pilih yang elok-elok sahaja  tau


Demo dari Sjn Nizar

Pw 2 Ismail orang penting 2 Wksp

Aku bersama hasil gubahan  yang telah siap
 
Pw 2 Nik, jangan pandang sahaja, tolong la sama

Jangan disangka tangan yang memegang spanar dan stering tak boleh menggubah bunga, anggota 2 Wksp sudah membuktikannya .
Sabtu, 13 April 2013

Hari Terbuka ATM Bersama Rakyat

Tarikh : 6 & 7 April 2013
Tempat : Kem Syed Putra, Ipoh
Acara : Sukaneka Rakyat















Ribut RKAT Kem Syed Putra

Tarikh : 9 April 2013
Tempat : Rumah Keluarga AT 
Peristiwa : Pokok Tumbang 

Peristiwa berlaku lebih kurang pukuk 4.30 petang, ketika itu hujan lebat , angin kecang serta guruh berdentam dentum. Pokok yang ada disebelah pagar kem telah patah dan tumbang ke kawasan rumah keluarga. Pokok yang tumbang telah menghalang jalan keluar masuk kenderaan yang diletak dibawah rumah.Pokok yang tumbang itu betul-betul dibelakang rumah ku.Terkejut anak perempuanku yang kebetulan menyaksikan peristiwa itu dihadapan matanya.

Setelah menghubungi mereka yang berkaitan dengan bahagian perumahan di MSS Ipoh, aku memohon bantuan dari Anggota JPAM Kinta untuk membesihkan pokok tumbang itu. Dalam pukul 10.30 Pasukan Penyelamat dari JPAM Kinta datang untuk memberi bantuan.

Turut sama berlaku kerosakan beberapa buah rumah keluarga di kediaman pegawai dan pejabat-pejabat disekitar Kem Syed Putra.






Aku turut sama membantu anggota JPAM


Rabu, 10 April 2013

Majlis Titian Kasih Pengerusi BAKAT 2 Divisyen

Tarikh : 9 April 2013
Tempat : Rumah BAKAT 2 Bgd
Acara : Majlis Meraikan Perpisahan Datin Rashidah

Bertukar masuk dan bertukar keluar adalah perkara biasa dan lumrah dalam warga ATM. Sudah menjadi tradisi setiap yang pergi akan diraikan bagi mengenang jasa dan sumbangan yang telah disumbang kan selama ini. Perkara ini tidak mengira lapisan anggota samada peringkat LLP atau Pegawai , begitu juga di kalangan isteri mereka. Bagi meraiakan pertukaran Datin Rashidah Pengerusi BAKAT 2 Divisyen  kerana mengikut suaminya yang akan ditukarkan ke Markas TD tidak lama lagi, BAKAT 2 Bgd telah mengadakan Majlis Titian Kasih bersama Ahli BAKAT Pasukan naungan 2 Bgd.

Alhamdulillah di majlis ini telah mempertemukan aku dengan 2 sahabat lama yang suatu masa pernah bersama denganku dan berpisah kita kerana kehendak perkhimatan. Masitah skot KAGAT siri 3/88 dan Ustazah Norhanizah bekas Pemak Wanita Mk 3 Div suatu masa dulu. Bertemu kita dimajlis ini tanpa disangka-sangka.

Bersama Ustazah Niza

Bersama Pengerusi BAKAT Zon Taiping


Bersama Datin Juliana


Ahli BAKAT 2 Wksp, Doreen , Izan & Kak Muzirah

Bersama Ahli BAKAT yang hadir
Cenderahati untuk yang hadir

Ahli BAKAT 2 Wksp bersama Datin Juliana


Isnin, 8 April 2013

Cenderahati

Suamiku telah membelikan ku sebuah jam tangan. Sebelum ini suamiku pernah membelikan ku sebuah jam juga tetapi jam itu telah hilang pada tahun 2005 ketika aku menjalani Latihan Pasak Bumi di Ng 9. Aku merasa kesal atas kehilangan yang disebabkan darinkecuaian ku. Alhamdulillah pada tahun 2013 ini suamiku membelikan ku sebuah jam lagi sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun perkhidmatanku dalam ATM. Semoga pemberian ini akan terus berada dan menyuerikan tanganku.Terima kasih abang....



Isnin, 25 Mac 2013

Ulang Tahun Jubli Perak


25 Mac 2013, hari ini genablah 25 tahun aku berkhidmat didalam ATM khususnya dalam Kor Agama Angkatan Tentera. Mula melangkahkan kaki menceburi ATM pada tanggal 26 Mac 1988 di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Ulu Tiram Johor.Semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan lagi perkhirmatan ku yang akan berakhir pada 25 mac 2015, Insya Allah jika dipanjangkan usia. Sempurnalah 27 tahun aku berkhidmat didalam ATM. 


Sabtu, 23 Mac 2013

Uji Kemampuan Diri

Tarikh : 22 Mac 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2 Wksp
Acara : UKKI Fardu Ain 2013

Zul MT

Tim KSOD & Kembalik

Geng Amra 

Tahu ke tak tahu Kpl Morbah ni buat

Apa fikir lagi jawab la....

Sjn Musa The Geng

Zafrina tahu jawab tak.....
 Setiap tahun kita akan diuji setakat mana penguasaan kita dalam pengetahuan Fardu Ain. Salah satu cara kita untuk mengetahui pengetahuan mereka ialah dengan mengadakan ujian Fardu Ain dikalangan mereka. Itulah gelagat anggota pasukan 2 zwksp dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sekalimpandang macam murid-murid TADIKA pun ada.

Semangat Kesukanan

Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : 2 Wksp Bgd
Acara : Riadah Berbasikal 




Pasukan 2 Wksp telah menubuhkan Kelab Basikal . Kelab ini terbuka kepada semua peringkat anggota . Kelab ini bermula dari pemerintahan Mej Dini lagi dan diteruskan ke zaman pemerintahan Mej Azmi. Ramai dikalangan anggota yang telah memiliki basikal dan telah menyertai kelab ini. Kelab ini di ketuai oleh PKW pasukan Mej Zulhasmi. Sebagai permulaan laluan yang mudah sahaja yang dilalui apabila melakukan riada ini, iaitu disekitar Jalan Tambun . Aku pun tidak ketinggalan untuk menyertai kelab ini bersama sahabat baikku PW 2 Zahariah. Sebelum ini hanya SSjn Zanariah sahaja yang menyertai kelab ini bagi kaum hawa.Semoga aktiviti ini akan mengeratkan lagihubung dikalangan semua peringkat anggota dan menjadikan kesihatan kita bertambah sempurna.
Ahad, 17 Mac 2013

1 Hari Serba Purple

Tarikh : 17 Mac 2013
Tempat : Padang Polo, Ipoh
Acara : Sambutan 1 Million Women Purple Walk Ng Perak

Sempena sambutan hari wanita

Beg cenderamata penyertaan 

Nombor untuk cabutan bertuah

Makanan untuk pengalas perut

Yang purple

Bersama BAKAT 2Wksp & Pranita 2Bgd

Dipadang Sek Men Teknik Ipoh

Santai di Padang Polo Ipoh

MB Perak

 
 

Blog Template by YummyLolly.com