Rabu, 27 Jun 2012

Bai Jual Roti


Bai jual roti

Kisah ini sangat lucu bila ku ingat-ingatkan dan sangat tak masuk akal. Suatu hari aku keluar bersama adikku. Ketika itu menurut yang diceritakan ada benggali nak potong kepala dan dicampakkan ke sungai untuk memantapkan lagi pembinaan jambatan Sabak Bernam. Kebetulan ketika aku dan adikku keluar jalan-jalan di sekitar kampungku ada seorang benggali masuk kampong jual roti, sebaik aku dengar bunyi hon motor dia,  memberi tahu siapa nak beli roti. Aku pun mula berasa seram dan meremang bulu tenggok, aku pun mengheret tangan adikku lari kerana takut kena sembelih kepala seperti yang digembar-gemburkan orang ketika itu. Alhamdulillah aku dan adikku masih hidup sihat wal afiat hingga kini.

Catatan Ekha 68
271307 JUN 12

Anak Patung Vs Adikku


Anak Patung Vs Adikku

Kisah ini menceritakan tentang aku dan anak patung. 2 tahun selepas adikku meninggal dunia ibuku pun melahirkan adikku yang ke 2, seorang permpuan. Kanak-kanak seusia 5 tahun seperti aku tidak mengerti lagi siapa itu adik. Aku umpamakan adikku seperti anak patung mainanku juga, apa yang ibuku lakukan pada adikku aku pun lakukan pada anak patung mainanku. Cuma ibuku hanya ada satu dan aku ada beberapa anak patung mainan . Aku tidurkannya diatas tilam, aku selimutkan sepertimana ibu menidurkan adikku, aku mandikan, aku suapkan dan berbagai-bagai lagi. Itulah duniaku ketika itu seorang kakak dan kanak-kanak seusia 5 tahun. 5 tahun selepas itu ibuku pun melahirkan adikku yang ketiga, seorang lelaki. Ketika ini aku sudah cerdik dan memahami apa itu kelahiran dan adik. Kali ini aku lakukan pada adik ku apa yang aku lakukan pada anak patungkudulu. Kali ini aku sudah jadi seorang  kakak yang cerdik. Jiran-jiran yang datang melawat adikku aku hidangkan makanan dan minuman. Aku jaga adikku. Kadang-kadang aku curi-curi juga angkat adikku tanpa pengetahuan ibuku. Kini adik-adikku sudah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri.

Catatan Ekha 68
271229 JUN 12

Selasa, 26 Jun 2012

Peristiwa Kematian Adikku



Peristiwa Kematian Adikku

Kisah ini menceritakan tentang hari kematian adik ku Suhaimi, adikku lahir ketika aku berusia 3 tahun, apa yang aku ingat ketika itu ada orang ramai datang kerumahku dengan tujuan yang tidak ku ketahui.Menurut cerita dari orang tua ku, adikku meninggal akibat sakit Demam Panas hingga terjadi sawan tarik, mungkin kemudahan perubatan  yang jauh dari rumah, adikku tidak dapat diselamatkan. Aku lihat orang memandikan jenazah adikku diruang tamu rumahku. Selain dari itu aku tidak tahu apa yang mereka buat. Aku melihat ibuku juga melihat sama peristiwa yang berlaku ketika itu. Ketika itu aku tidak tahu erti apa itu KEMATIAN yang menimpa kepada adikku. Alhamdulillah sekarang ini aku berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah kerana ia adalah salah satu tugas yang tersenarai dalam tugas utamaku . Sedikit sebanyak ia akan menyedarkan aku bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, kita tidak tahu bila, dimana, bagaimana dan kenapa   Semoga adikku inilah yang akan menjadi tiket menjemput ibubapa nya masuk ke syurga nanti. Ya Allah cucuri dan rahmati roh adikku ini. AMIN…… AMIN….. YA ROBBAL ALAMIN

Catatan Ekha 68
262031 JUN 12

Detik Kelahiranku

Detik Kelahiranku

Aku dilahirkan pada 2 Jun 1968 di Kg Tanah lalang, Bg Datoh Perak. Ibu ku bernama Hamsiatun bt Mokhlas , berusia 22 tahun ketika melahirkanku. Bapa ku bernama Subari bin Hj Omar, berusia 35 tahun ketika aku dilahirkan. Aku adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Menurut cerita yang dimaklumkan oleh kedua ibubapaku mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1960 lagi, tetapi hanya dikurniakan anak pada tahun 1968 dan akulah anaknya yang ditunggu-tunggu itu. Tidak dapat digambarkan kegembiraan mereka pada saat hari kelahiranku. Maklumlah setiap pasangan yang berumahtangga mesti mengimpikan kehadiran putera dan puteri yang bakal mewarnai kehidupan mereka. Aku mempunyai 3 orang adik, 2 lelaki dan 1 perempuan. Walau bagaimanapun adik lelaki sulung ku ( Suhaimi) meninggal ketika kecil lagi akibat penyakit sawan.

Catatan Ekha 68
262014 JUN 12

Tentang Aku


TENTANG AKU

Blog ini ku cipta adalah untuk menceritakan sebahagian kisah-kisah hidup ku bermula dari kecil ku sehinggalah kini. Ia juga merakamkan tentang perasaan suka duka., pahit manis, sebak kecewa dan lain-lain yang ku rasai. Tiada apa-apa tujuan yang tertentu hanya untuk mengenang kembali kisah-kisah silam ku bersama keluarga , rakan-rakan sekolah , rakan-rakan seperjuangan , rakan-rakan menjahit dan lain-lain lagi. Semoga kisah-kisah ini menjadi panduan dan ingatan kepada ku dan kepada yang lain-lain. SELAMAT MENGIKUTI KAU YANG SATU

Catatan Ekha 68
262057 JUN12
 

Blog Template by YummyLolly.com