Isnin, 28 Januari 2013

Sehari Perjalanan ke Negeri Sembilan

Tarikh : 27 Jan 2013
Tempat : Kg Astana Raja REMBAU
Acara :Majlis Persandingan 

Hari ini warga 2 Woksyop sekali lagi menghadiri majlis meraikan perkahwinan salah satu pegawainya, Kapt Saiful Azahar b Zainal Abidin. Beliau telah melangsongkan perkahwinan bersama pasangannya di Tampin pada 25Jan 2013 yang lalu.

Sebagai tanda merestui dan turut memeriahkan majlis tersebut, beberapa orang anggota 2 Wksp telah membuat rombongan kerumah mempelai di Kg Astana Raja pada 27 Jan 2013. Pasukan telah menyediakan sebuah bas dari ITU Ipoh untuk membawa anggota ke majlis teresebut. Kami bertolak dari Ipoh pada pukul 7.30 lebih kurang dan sampai di rumah mempelai lebih kurang jan 12.00 dan berangkat pulang pada pukul 1.30 tengahari.

Selain dari makan nasi minyak dirumah mempelai, satu lagi acara santai telah dirancang , iaitu membeli belah di Nilai 3. Walaupun aku sebelum ini pernah tinggal di N9 selama 5 tahun tetapi tak pernah merasai suasana rombongan membeli belah seperti ini. Aku pun merialisasikan hajat ku untuk membeli kain baju untuk persiapan hari raya  tahun ini, warna tema unggu telah ku pilih. Selain itu aku beli juga 3 pasang kain sembahyang untuk menambah koleksiku, sepasang aku berikan untuk anak perempuanku dan 2 pasang lagi untuk peribadiku. Selah puas tawar menawar dengan penjual aku berkongsi membeli tuala mandi yang sederhana besarnya dengan harga RM 10.00. Aku meminta 10 helai dari penjual tersebut dan 6 helai untukku dan 4 halai lagi untuk kawan-kawanku. Dalam masa hampir 2 jam disana hampir RM 500.00 melayang dari poketku, Kalau ikutkan rasa hati banyak lagi yang nak dibeli, tapi kena lawan nafsu ,banyak lagi yang perlu digunakan dari wang tersebut untuk persekolahan anak-anak

Dalam perjalanan balik ke Ipoh, hujan pula dan aku sampai kerumah lebih kurang pukul 8.30 malam


Dua mempelai berangkat tiba

Dalam bas bersama Cik Zahariah

Segak bergaya di singgahsana




Dihadapan pelamin  bersama En Adnan, Mej Azman, Kapt Zulhazmi & Cik Zahariah


Bergaya di pelamin indah

 

Blog Template by YummyLolly.com