Selasa, 25 Disember 2012

Memori Zaman Sekolah

Sekitar tahun 1975 - 1980

 Aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan bermula tahun 1975 di Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang sehinggalah enam tahun selepasnya tahun 1980. Sejak akhir-akhir ini aku semakin ramai berjumpa dengan teman-teman lama ku di zaman sekolah samada sewaktu sekolah kebangsaan mahupun sekolah menengah. Tidak sia-sia juga aku membuka akaun FB ini.Walaupun aku tidak bertemu secara zahiriah dengan teman-teman lamaku, namun melalui alam siber pun memadai dari aku tidak bertemu langsung dengan mereka sebelum ini. Akhirnya ku temui juga foto-foto aku dizaman sekolah yang tidak aku ketahui adanya sebelum ini. Terima kasih kepada teman-teman yang memuatkan foto-foto antik ini. Aku tersenyum sendiri menatap wajahku dizaman itu.



Gambar ini diambil pada tahun 1980. Waktu ini aku dalam darjah 6.Cikgu yang ada dalam gambar ini ialah Cikgu Sulaiman dan Cikgu Mee Lin. Bermacam-macam ragam aksi kawan-kawan dalam gambar ini, ada yang malu-malu, ada yang serious dan ada yang happy selalu


Gambar ini aku perolehi setelah aku add FB kawan sekolahku Zalina bt Zakaria. Dialah yang memuat turunkan gambar ini didalam FB beliau dan aku pun copy dan jadikan koleksi simpananku. Sebelum ini memang aku tidak tahu kewujudan gambar ini kerana aku tidak kesah untuk membelinya dizaman itu. Mujurlah ada kawan-kawan yang sedekah dalam FB, boleh juga dibuat simpanan dan tatapan.Inilah wajahku pada tahun 1978,yang melutut di hadapan sebelah kanan, belakangku Cikgu Lau Yat Faa


 Yang mana gambar aku, ha tu dia yang duduk dihadan sebelah kiri sekali. Menurut kata Zalina ini sewaktu kami darjah 2, tahun 1976. Cenonet-cenonet saja badan waktu tu, maklumlah budak umur 8 tahun.Kawan-kawan bila agaknya kita boleh bertemu semula dan berkumpul seperti dulu, walaupun kita sekampung tapi tidak pernah kita bersua muka ye.


Ini pula gambar ustaz-ustazku yang mengajar aku di Sekolah Agama Rakyat Tanah Lalang. Sebelah pagi sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebelah petang pula. Mereka bertiga inilah yang menjadi tenaga pengajar yang bertungkus lumus memberi pelajaran dan pengetahua Fardu Ain kepada aku dan kawan-kawan yang lain.  Dari kiri Ustaz Hj Jumri b Ahmad, Ustaz Hj Kadzri b Abd Rahman (Allahyarham) dan Ustaz Hj Saarani b Osman (Allahyarham). Segala jasa mu tetap dikenang


 Ini pula guru dan staf yang bertugas di SKTL

Sebahagian dari foto-foto ini memang sedia ada dalam koleksiku dan sebahagiannya ada copy dari koleksi temanku Zalina Zakaria, terima kasih Lin, cun la gambar kita dulu-dulukan.
 
Sabtu, 1 Disember 2012

Bercuti Keluarga Kita

Emak & Bapak

Emak, Lit & Bapak

Aku bersama keluarga ku dan keluarga Bik Dila

Tugu Negara

Kereta Kabel


Gambar ini dirakam ketika aku bersama keluargaku bercuti di KL sambil menziarahi rumah Bik Fadilah di Bandar Tun Razak.

Kenangan Abadi

Bik Nap, Aku, Arwah Embah Timah, Arwah Embah Mokhlas, Maksu Za, Emakku, Amir, adik ku Lit dan Tain


Arwah Embah Timah & Zarina

Foto ini sangat meninggalkan kenangan bagi diri ku kerana kedua-dua nendaku kini telah meninggalkan kami anak cucunya. Aku pun dah lupa tahun berapa foto ini dirakam, tetapi ianya dirakam dirumah nendaku di Sg Nipah, Spg Lima , suatu masa dahulu.

Sekali-sekala bila tengok wajah dulu-dulu kadang-kadang buat kita tersenyum sendiri.
 
Al fatihah untuk kedua-dua arwah nendaku, semoga allah meletakkan mereka bersama orang-orang yang beriman, Amin...

Rabu, 28 November 2012

Diner Julera di Kinta Riverfront

Tarikh : 26 Nov 2012
Tempat : Hotel Kinta Riverfront
Acara : Meraikan ahli yang bersara, bertukar keluar & berkursus




Jumaat, 23 November 2012

Taklimat e-NCAR Zon Ipoh/Penang

Tarikh : 23 Nov 2012
Tempat : MSS Pulau Pinang
Acara : Taklimat e-NCAR

Pada hari ini aku menghadiri taklimat e-NCAR yang telah dirancang oleh Sel Agama MK 2 Div di Dewan Taklimat MSS Pulau Pinang. Aku bertolak dari Ipoh lebih kurang jam 0700 bersama Pmd Farus dan sampai disana lebih kurang jam 0900. Setibanya aku ditempat taklimat mereka yang lain sudah mengambil tempat. Aku kira aku orang yang terkemudian, rupanya ada lagi ustaz yang sampai lewat daripada aku. Maklumlah dari jauh kita orang datang , bukan sekitar Penang. Taklimat telah disampaikan oleh PS 3 IT Jab KAGAT, Kapt Arkam.







Muzakarah Ulamak Dan Cendekiawan Islam

Tarikh : 19 Nov 2012
Tempat : Dewan Banquet , Bangunan Darul Ridzuan
Acara : Muzakarah Ulamak Dan Cendekiawan Islam

Semenjak dari tahun 2011 lagi aku telah diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri majlis Perasmian Muzakarah Ulama Dan Cendikiawan Islam sempera hari keputeraan Sultan Perak. Pada tahun ini aku pun berkesempatan untuk menghadiri majlis yang sama. Banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dari majlis seperti ini. Selain dari itu dapat berkenalan dengan kawan baru dari pelbagai jabatan dan agensi yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Semoga aku berpeluang untuk menghadiri majlis seperti ini di lain masa.Insya Allah......



Pengalaman Baru Dalam Hidup

Tarikh : 22 Nov 2012
Tempat : Mahkamah Syariah Ipoh

Pada hari ini aku menemani Pn Noridalina bt Rashid isteri kepada LKpl Rozaidi bin Ishak ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk menyelesaikan kes tuntutan fasakh terhadap suaminya atas sebab-sebab yang tertentu yang dihadapi oleh mereka dalam melayari bahtera rumahtangganya.

Aku sangkakan kes ini akan berpanjangan, seperti mana yang aku tahu dan dialami oleh mereka yang menunut kes yang sama, ada juga kes seperti ini yang mengambil masa hingga bertahun. Mungkin ini rezeki mereka yang dipermudahkan oleh Allah.Alhamdulillah kes mereka selesai dalam satu hari sahaja selepas suami Pn Noridalina bersetuju untuk melepaskan isterinya tanpa banyak kesah.

Dan pada hari ini juga aku mendapat pengalaman pertama apabila aku dapat menyaksikan seorang suami melafazkan ucapan cerai talak satu kepada isterinya. Sebelum suaminya melafazkan cerai tersebut, Tuan Hakim menyuruh mereka bermaafan terlebih dahulu.Aku merasa terharu menyaksikan situasi itu.Setelah selesai melafazkan ucapan cerai itu aku lagi terharu kerana aku sendiri mendengar dan menyaksikan peristiwa yang tidak disukai ini dihadapan mata ku sendiri. 

Benar pepatah " ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari ". Begitu jugalah dengan jodoh mereka, putus ditengah jalan. Semoga ada kebaikan yang mendatang kepada pasangan ini setelah perpisahan mereka. Dari zahirnya mereka berpisah, tetapi mereka masih bersama dalam menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. 

Harapanku biarlah ini yang pertama dan terakhir aku menguruskan perceraikan suami isteri dalam ATM. Setelah 24 tahun aku berkhidmat ini pengalaman dan pengajaran dalam hidup ku.Perceraian kadang-kadang bukanlah menyelesaikan masalah, namun kadang-kadang ianya juga dapat merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka.



Selasa, 20 November 2012

Pertemuan Rakan Sekolah

Tarikh : 18 Nov 2012
Tempat : Stesyen keretapi Ipoh

Pagi ini aku bersama suami pergi ke stesyen keretapi kerana menghantar Naseha balik kolej selepas habis cuti Depavali. Seperti biasa , sementara menunggu keretapi bergerak aku duduk dikerusi yang disediakan disitu. Dengan tidak semena-mena aku terpandang seorang perempuan yang wajahnya seolah-olah aku kenal. 

Untuk mendapat kepastian aku pun memberi salam dan bertanya adakah ini Kak Siti Hajar Syahid, dia pun menjawab ia. Aku pun memperkenalkan diriku dan beliau pun masih mengingati wajah dan namaku , sebab selama ini kami hanya lihat wajah melalui laman Facebook sahaja. Alhamdulillah hari itu kami berbual kisah dizaman sekolah dulu di Irshadiah dan tentang keluarga sekarang. 

Secara kebetulan suami beliau pun berasal dari Muar juga, apa lagi sesi berkenalan lah suamiku dengan suami beliau. Siapa sangka kami boleh bertemu di stesyan keretapi Ipoh itu. 

Sebelum ini masa hantar Naseha balik lepas Raya Qurban , ditempat yang sama aku berjumpa dengan rakan ditempat  kerja lama di ITU, Sjn Liza yang duduk di Tg Rambutan. Banyak pertemuan juga di stesyan keretapi ini. Semoga ada lagi pertemuan-pertemuan yang tak disangka-sangka akan terjadi disitu, Insyaallah jika diizin Allah

Seronok sakan cerita kisah dulu-dulu zaman di SMI

Tersenyum Kak Hajar dan suaminya

Ibu kepada 8 orang cahaya mata



Ahad, 28 Oktober 2012

Warna-warni Aidil Adha 2012

Tarikh : 26 Okt 2012
Tempat : Kg Tanah Lalang
Acara : Kenduri Qurban Rumah Adik (Ridzaudin & Masfufah)
 
Adik telah membuat kurban pada tahun ini, dan membuat sedikit kenduri kesyukuran serta majlis Cukur Jambul Baby Naufal, anak adik ku Mustaainah & Affendy. Kaum keluarga yang berhampiran turut sama kejubus memasak makan untuk para tetamu yang dijemput hadir pada malam harinya.
 
Sewa kemah & kerusi meja
 
Baby Mohd Naufal b Affendy

Aku, Bik Rum, Emak & Masfufah

Paman Berahim

Ridzaudin - Adikku

Affendy - adik iparku

Napi - sepupu

sanak saudara

paman brahim & anak bauhnya

kaum keluarga

Bapak, Wak Lehan & Paman Sidek

Makan kenduri

Riangnya seorang warga emas

Embah Buyut Siah

Ekha 68

Rewang kenduri
 

Kawan Lama

Tarikh : 28 Okt 2012
Tempat : Stesyen Keretapi Ipoh

Pagi ini aku pergi ke stesyen keretapi Ipoh kerana menghantar anakku balik ke U semula selepas cuti sempena aidil adha. Tanpa disangka-sangka sewaktu hendak balik aku disapa oleh X Sjn (U) Liza seorang kawan lama sewaktu  bertugas di ITU Ipoh. Beliau juga turut sama menghantar anaknya yang nak balik ke PJ. Allah juga yang berkehandak untuk menemukan kami berdua. Amin...
 
 
Jumaat, 26 Oktober 2012

Program Korban Kem Syed Putra

Tarikh ; 26 Okt 12
Tempat : Kem Syed Putra, Ipoh
Acara : Sekitar majlis korban 2RRD

Pegawai Memerintah Pasukan

Pengerusi Bakat Pasukan

Penyembelihan dilaksanakan oleh Peg Agama Pasukan

Kapt Nazri menyempurnakan tugas penyembelihan

Tugas melapah

Pembahagian daging kepada peserta korban

Gantung kaki
Semoga Allah menerima pengorbanan hambanya

 

Blog Template by YummyLolly.com