Selasa, 17 Julai 2012

Pisang Masak Lemak

Aku ingin mencuba resepi masakan yang pernah ibuku masak masa di kampung dulu, pisang masak lemak. Aku nak cuba buat kelainan dalam hidangan untuk suamiku. Setelah semua bahan dan rencah ada, aku pun memasaknya seperti yang ibuku buat. Pisang muda tu, aku buang kulit luaranya, bukan semua, nipis sahaja.

Pendek cerita masa nak makan suamiku pergi ke dapur dan melihat apa yang aku buat tadi didalam periuk. Dia bertanya mana kulit pisang tu, kenapa tak masukkan sekali? Aku pun pelik, kenapa kulit pun nak kena masak juga. Aku cakap la, aku buang dalam tong sampah. Suamiku pun mengambilnya dan dibasuh terus dimasukkan dalam periuk tadi bersama pisang yang telah ku masak.

Aku bertanya kenapa kena masukkan juga kulit pisang tu? Dia kata orang Johor masak masukkan sekali kulitnya. Aku pula berkata " mak saya masak dia buang, sebab tu saya buang". Satu pelajaran baru bila masak lemak pisang untuk suamiku aku tak buang kulit pisang tu. 

Dengan takdir tuhan aku balik kampung suamiku, kebetulan hidangan tengah hari masa tumasak lemak pisang, aku pun perhatikan samada kulit ada ke tak ada. Memang ada dalam kuah tu. Maaf suamiku kita berbeza budaya.

Itu semua jadi kenangan dah....

Catatan Ekha 68
171350 Jul 12
Isnin, 16 Julai 2012

Pahit Manis

Masuk kawasan larangan
 
Walaupun aku dah kawin, tapi aku masih duduk di berek bujang ku di Jalan Serawak. Kebetulan waktu itu penghuni lain sudah tamat kursus di Sekolah Semboyan. Jawabnya tinggallah aku sorang-sorang dirumah tu. Maka aku pun helo suamiku untuk datang kerumah dan tidur kat situ. Walaupun perbuatan tu salah tapi aku buat juga.

Mungkin ada orang perasan, nampak orang lelaki masuk rumah pranita dia pun bagi tahu RQ MSS Sg Besi. Mereka pun datang kerumahku. Dah orang buat salah, pandai-pandai lah jawab. Aku sorokkan kasut suamiku agar mereka tidak perasan. Mereka pun tanya betul ke ada orang laki masuk, aku jawab lah tak ada. Nak mampus kalau kata ada.

Ular masuk rumah

Ini cerita lain pula, rumah yang aku duduk tu kebetulan dimasuki ular. Dia duduk atas almari 
lauk didapur. Suami ku ada mendengar bunyi yang mencurigakan. Suamiku pun cuba selongkar atas almari tersebut, maka dengan tak disangka-sangka dia nampak ular melingkar diatas almari tersebut. Aku pun panggil jiran-jiranku untuk menghalaunya.Alhamdulillah ular itu selamat dihapuskan

Angkut air dari lori

Bekalan air sering tergaggu di kawasan penempatan kami di Kem Sungai Besi. Lori bekalan air datang waktu kami kerja. Kalau kebetulan kami balik lori ada lagi, dapatlah kami angkut air untuk kegunaan kami seisi rumah.Kalau tak sempat jawabnya kena tadah dan buka kepala paip dibelakang rumah kami.Oleh kerana aku dan kawan-kawan lain masih bujang, aku dan dia pun basuh baju dirumah sanak saudara yang berhampiran. Kebetulan Bik Fadilah duduk di Bandar Tun Razak, jadi rumah dia lah sasaran ku setiap hujung minggu. Terima kasih Bibik sekeluarga kerana banyak bantu sewaktu aku duduk di Sungai Besi dulu.

Kena kunci dari dalam


Suatu  hari aku dan kawan serumah ku keluar hujung minggu, kebetulan rakan kongsiku yang seorang lagi dia bekerja.Kami keluar tanpa beritahu dia.Sebab sebelum tu dia telah keluar dulu jalan-jalan dengan tunangan nya. Kami tak marah pun.Tapi bila tiba masa kami keluar dia marah dan mengunci rumah hingga kami terpaksa duduk dirumah kawan yang berhampiran.

Lucu juga kenangkan peristiwa dulu-dulu. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.....

Kak Zie..... Kak Leha...... Kak Niah......
Semoga kaurang berbahagia selalu disamping keluarga tercinta
Catatan Ekha 68
161620 Jul 12


Rumah Keluarga ATM

Selepas aku dan dia sah jadi suami isteri, aku dan suami masih duduk berasingan di berek bujang masing-masing kerana kami belum memohon rumah keluarga. Aku ada menyarankan supaya menyewa rumah yang berhampiran dengan tempat kerjaku, tapi suami tak setuju. Dia ada memohon rumah keluarga ditempat dia kerja dan orang yang menduduki rumah itu akan keluar tak lama lagi. Itulah alasan suamiku tidak mahu duduk dirumah sewa.

Akhirnya setelah 4 bulan duduk berasingan, aku dan suami pun dapat duduk di rumah keluarga di Kem Wardiburn. Rumah flat tingkat 4, atas sekali. Mujur 4 tingkat sahaja. Bayangkan kalau tingkat 14 ke 24 ke lagi haru dibuatnya. Maka aku pun berulang alik menaiki bas ke tempat kerja ku di Kem Sungai Besi. Setiap pagi suamiku akan menemani ku pergi ke perhentian bas sebab agak jauh juga dari rumah kami tinggal. Kami hanya berjalan kaki sahaja. Maklumlah orang baru nak belajar hidup, kena pelan-pelanlah tak boleh nak selalu beli itu ini, kopak kocek den weee.

Setelah aku menaiki bas suamiku pun pulang kerumah. Sambil tu dia singgah di pasar beli ikan dan sayur untuk ku masak balik kerja nanti.Tidak lama aku pun menumpang dengan Sjn Ahmad yang sama bekerja denganku.Semasa aku berulang alik naik bas, aku ambik pas tiket bulanan, Belanja bulanan lebih kurang RM 70 sebulan. Tapi kalau aku keluar jalan-jalan pun aku boleh pakai tiket tu sebab dah bayar untuk sebulan.

Setiap anggota yang duduk luar boleh buat klim tuntutan perjalanan ketempat kerja. Staf gaji menyuruh aku buat pakai tiket bas. Sebulan boleh tuntut RM 30 sahaja. Aku kumpulkan 3 bulan sekali baru aku buat klim, dapat RM 90, banyak tu, masa tu banyak la, cuba sekarang , cukup untuk belanja dapur seminggu saja. Itulah perbezaan dulu dan sekarang.

Catatan Ekha 68
161520Jul 12

Kau Yang Satu

Seperti gadis-gadis lain juga, aku punya naluri untuk menyayangi dan disayangi oleh seorang yang bergelar lelaki, walaupun aku tidaklah berkapel seperti gadis-gadis masa kini yang serba terkehadapan sebelum melangkah. Rasanya persahabatanku dengan mereka dalam kawalan.

Di tempat kerjaku masa tu aku seorang saja anggota wanita yang belum berkahwin, dan dipersekitaranku adalah anggota-anggota tentera yang masih bujang kebanyakkanya. Terus terang ada diantara mereka yang menaruh hati kepadaku. Berbagai-bagai cara mereka nak buka mulut, tapi malu nak cakap sendiri. Maka ramailah kakak angkat dan abang angkat yang mewakili mereka sebagai jurucakap untuk menyampaikan hasrat hati mereka. Tidak kurang juga mereka yang berterus terang sendiri kepadaku.

Aku pun tidak kisah dengan mereka, sekadar untuk berkawan aku terima, nanti kata kita sombong pula. Aku pun berkawan dengan Kpl Samsudin b Ibrahim orang N9, En Ayub b Osman orang Felda Gedangsa. Dia kerja HA di Seri Kembangan.Tidak kurang juga aku diperkenalkan dengan LKpl Nasarudin b Abu Bakar, cawangan KEMBALIK asal dari Muar Johor. Kemudian aku diberitahu Sjn Manan pun ada hati denganku juga. Tapi yang anak jantan sekali ialah Kfn Abd Razak dari Kedah dia cakap terang-terang sendiri suka kat aku. Aku terkedu selepas mendengarnya.

 Pendik cerita aku cakap siapa yang datang kerumah ku jumpa orang tua ku itulah yang aku pilih jadi suamiku. Suatu hari LKpl Nasarudin datang jumpaku ditempat kerja dan mengajak ku balik kampung denganya esok hari. Biar betul mamat ni kata hatiku. Seperti yang dinyatakan esoknya lepas kerja dia sampai dirumah bujangku, aku pun balik dengannya disertai juga seorang kawannya. Kami pun sampai juga kerumahku.

Terkejut orangtuaku aku balik dengan orang lelaki. Tapi dalam perjalanan kerumahku lah dia menyampaikan hasrathatinya untuk melamarku. Dia pun melamarku dalam kereta yang kami naiki.Dia juga singgah di kedai emas untuk membeli cincin. Dia suruh aku pilih, jujur aku katakan aku tak pandai nak pilih. Akhirnya aku pun pilih sebentuk cincin belah rotan yang berpatutan harganya.

Akhirnya aku terima lamaran dan pinangan dia dan kami pun disatukan pada 18 Ogos 1991. Jadilah kami pasangan suami isteri hingga kini dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kau yang satu antara bintang beribu suamiku.....



Catatan Ekha 68
161410 Jul 12

Pilihan Kerjaya

Aku tidah memilih dalam kerjaya yang bakal ku ceburi nanti. Lepas tamat peperiksaan STPM 87, aku pun mula mengisi borang-borang untuk kerja. Rakan sekolahku mencadangkan untuk masuk tentera (KAGAT). Aku pun ikut katanya, sebab ramai lagi rakan-rakan lain yang berbuat demikian.

Pendik cerita kami dipilih untuk menghadiri temuduga awal di 2 RAMD Kem Sg Ara. Kami pergi bersama ramai-ramai rombongan naik keretapi dari Tapah. Dapat waren keretapi kami. Sebelum tu kami berkumpul dirumah salah seorang kawanku Khusairi Hasyim di Cenderong Balai .Pendik cerita lagi, kami lulus dan tunggu surat untuk panggilan latihan (Rekrut).

Mach 88 dapat surat lagi dan diterima untuk menjalani latihan rekrut selama 6 bulan di STPM Ulu Tiram Johor. Kami pun sekali lagi berkeretapi menuju ke selatan tanah air untuk menyahut cabaran jadi askar. Pejam celik pejam celik 6 bulan pun berlalu sudah. Di hari perbarisan tamat latihan ibubapaku datang, aku tak tau mereka ini akan datang juga. Seronok lah aku, walaupun dengan wajah yang gelap ada lagi mereka yang sudi nak tengokkan.

Habis latihan aku cuti 2 minggu balik kampung. Habis cuti lapur balik kat STPM. Masa ni dah bukan rekrut lagi tau. Kami pun dipakaikan pangkat koperal dan ditentukan pasukan-pasukan yang akan ditugaskan nanti. Pendik cerita aku dapat unit 75 Wksp Div, Kem Sg Besi.

Tibalah saat untuk berpisah, sekali lagi kami naik keretapi, untuk ke pasukan masing-masing.  Kalau tak masuk tentera mungkin aku tak merasa naik keretapi pakai waren. Nak rasa, masuklah tentera. Sampai destinasinya aku pun berpisah dengan kawan-kawan yang lain kerana penempatan kami tidak sama. Namun aku bersama 3 lagi kawan ku ditempatkan di Kem yang sama dan berlainan pasukan. Pendik cerita kami duduk 1 enek (rumah bujang) di Kuates Jalan Serawak.




Catatan Ekha 68
161021 Jul 12
Sabtu, 7 Julai 2012

Kisah Aku Sekolah

Kisah Aku Sekolah

Alam persekolahan adalah satu perubahan baru bagi setiap kanak-kanak. Mereka bermula dari Sekolah Tadika lagi. Sekarang ini penubuhan Taska bagai cendawan lepas hujan. Fenomena ini tidak didapati dizaman dahulu kerana kebanyakkan ibu-ibu zaman dahulu ramai yang tidak  bekerja diluar rumah samada disektor kerajaan ataupun swasta. Berbanding masa kini ramai ibu-ibu bekerja dan berkerjaya yang memerlukan tempat jagaan kanak-kanak untuk meletakkan anak mereka disepangjang ketiadaan mereka. Bagi anak-anak yang ditinggalkan dipusat asuhan , mereka mendapat pendidikan lebih awal lagi.Dipusat-pusat jagaan ini mereka didedahkan dengan berbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembesaran mereka

Bagi kanak-kanak seperti aku ini alam persekolahanku bermula dari darjah 1 pada tahun 1975. Sewaktu itu dikampungku tak wujud sekolah Tadika. Jadi aku mula belajar menulis dan membaca sebelum melangkah ke darjah 1 di rumah sahaja dengan ibuku. Dialah ibu dialah guruku diwaktu itu.

Aku tidak merasai suasana membeli belah untuk mencari persiapan dan kelengkapan sekolah seperti anak-anak masa kini. Semua kelengkapan dan keperluan persekolahan ku disediakan oleh ibubapaku. Masa tu sekolah masih pakai gaun lagi, sekarang diwajibkan pakai baju kurung. Aku melangkahkan kaki disekolah dengan dihantar dan dijemput oleh bapaku.Kadang-kadang bapaku hantar naik basikal dan kadang-kadang naik motor. Rumahku jauh dari sekolah

Darjah 1 guru kelasku Cikgu Shaari kut, belajar sekolah papan masa tu. Pergi sekolah ibuku membawakan aku bekal nasi. Yang lucunya mula-mula ibuku masukkan bekal dalam tapawer, tapi asyik hilang saja bekas tu.Mungkin aku lupa nak bawa balik. Akhirnya ibuku bungkus nasi bekalku dengan daun pisang saja, dah makan terus buang.Duit belanja masa tu 5 sen saja, untuk beli ais krim. Tidak seperti anak-anakku masa kini RM 2. Itulah yang termampu aku berikan

Disebelah pagi aku sekolah kebangsaan dan disebelah petang aku sekolah agama pula. Sekolah agama ada 3 kelas sahaja masa tu. Ustaznya pun 3 orang sahaja. Arwah Ustaz Hj Khadzri, Ustaz Hj Jumri dan Ustaz Hj Shaarani. Disekolah ni lah aku belajar ilmu fardu ain yang diamalkan hingga sekarang ini. Semoga ilmu yang dicurahkan oleh ustaz-ustaz semua jadi jariah kalian yang berpanjangan.

Meningkat tahun ke tahaun aku pergi sekolah sendiri saja. Aku dah pandai naik basikal. Tapi yang lecehnya bila hari hujan bapaku tak bagi naik basikal, terpaksalah aku jalan kaki. Ramai-ramai seronok juga.

Berbeza dengan anakku, pergi sekolah naik Feri Sekolah (bas sekolah) tapi naik 3 ton. Maklumlah anak tentera, pergi sekolah pun naik kenderaan tentera. Jimat sikit tak macam naik bas sekolah bayar mahal, ni bayar RM 3 untuk setahun.Dari anakku yang sulong sampai anakku yang bongsu semua naik feri sekolah, tak payah aku nak fikir nak hantar dan jemput mereka sekolah. Esok bila aku dah pencen tak merasa lagi anak-anak ku naik lagi.I tu kemudian kita fikir, apa yang ada itu lah yang korang naik. Silap-silap jalan kaki.

Sekolah kebangsaan dah habis aku dihantar pula sekolah agama, sekolah pondok di Bt 26, Bg Datoh. Mula-mula aku tak nak sebab aku nak sekolah menengah di SMK Khir Johari, Sg Sumun. Boleh pergi sekolah naik bas, kawan-kawanku ramai yang sekolah disitu. Aku yang sekolah lain. Tak nak tak nak habis juga aku belajar disitu sampai ting 6 atas, cuma keputusan STPM ku saja yang kurang memuaskan. SPM pun dapat 3 saja.

Alhamdulillah walaupun SPM 3 dengan BM 7 aku di terima juga masuk tentera. Tapi aku ambik juga Kertas Julai dan dapat 5, boleh juga menampung yang tak kredit tu. Bermula dari 1975 aku sekolah dan aku menamatkan pengajiaanku pada tahun n1987.Tak masuk U tapi masuk ATM.

Keputusan peperiksaanku sepanjang sekolah
1. Ujian penilaian darjah 5 3A 2B
2. SRP pangkat A
3. SPM pangkat 3
4. Shahadah 5 Thanawi pangkat 1
5. STPM  2P

Catatan Ekha 68
072125 Jul 12   

Selasa, 3 Julai 2012

1 Syawal muncul lagi – Raya dulu dan kini

1 Syawal muncul lagi – Raya dulu dan kini

1 Syawal tarikh keramat bagi umat Islam yang berpuasa. Bagi mereka yang berjaya menempuh ujian dan cobaan berpuasa sebulan Ramadhan hari ini adalah hari mereka meraikan kemenangan dari menghadapi kegetiran ujian di Ramadhan Al-Mubarrak.

Ada sesetengah mereka yang ingin hidup selamanya dalam bulan Ramadhan kerana tidak puas untuk menikmati kenikmatan, kebesaran, keberkatan yang tiada ditemui dibulan-bulan yang lain. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar dan tidak mengetahui rahsia di sebalik Ramadhan ini sentiasa menghitung hari bilakah syawal akan menjelma dan mereka akan merdekan dari sebarang kelaparan dan larangan disiang hari. Alangkah ruginya mereka ini. 

Seperti kanak-kanak lain hari raya adalah hari yang gembira bagi mereka. Hari raya dapat memakai pakaian serba baru dari baju kurung, gaun, seluar panjang, tudung, kasut dan sebagainya semua baru dan mengikut fesyen ketika itu. Ibuku akan menjahit baju kurung setiap kali raya. Gaun dan seluar panjang mereka beli di pasar Bg Datoh atau Telok Intan. Waktu itu tak ada shoping seperti masa ini, apa yang dibuat, apa yang dibeli oleh orang tuaku itulah yang aku pakai di hari raya tersebut. Punyalah tak sabar nak tunggu hari raya tidur pun peluk  baju baru, kasut baru dan yang lain-lain lagi. Itulah dunia kanak-kanak yang ku alami.

Selain dari pakaian. Ibu juga membuat kuih muih, yang tak boleh tinggal kek oren sebab itu adalah kuih kegemaran bapaku. Ibuku juga membuat biskut, peyek, bahulu dan lain-lain lagi.Kuih kegemaranku ialah bahulu gulung atau bahulu lapis yang disapu dengan jem nenas. Kebanyakkannya ibuku buat pada waktu malam kerana mengelakkan di kacau oleh aku dan adik-adikku yang kecil-kecil lagi waktu itu. Ketupat, rendang,  serunding dan pecal adalah makanan  wajib di pagi hari raya.

Dulu di zaman kanak-kanakku tak ada tradisi kutip duit raya, bila aku beraya ada yang bagi dan ada yang tidak, kalau bagi pun sekadar sen-sen sahaja paling banyak pun RM 1, itu pun kalau pergi rumah orang yang berada sedikit (mewah).Kalau aku pergi rumah datok dan nenekku adalah mereka bagi duit raya pada kami cucu-cucunya.Dulu kalau dapat duit pun tak tahu nak buat apa, paling-paling pun bagi pada orang tua untuk disimpan. Itulah sedikit memoriku menyambut hari raya di zaman kanak-kanak. Berbezakan dulu dan kini.

Berbeza dizaman anak-anakku kini, mungkin keadaan dulu dan sekarang berbeza dan persekitaran pun dah berubah, mereka tak boleh nak disamakan dengan keadaan zaman kanak-kanakku. Mereka lahir di zaman serba moden celik-celik mata jumpa kesenangan yang mengelilingi mereka. Itu rezeki mereka. Semuanya tetap meriah mengikut keadaan semasa dan waktu itu.Walaupun aku besar di kampong raya tetap meriah, dibandar pun apa kurangnya. Orang bandar pun balik kampong, ini bermakna raya di kampong lagi meriah

Dulu aku terima saja apa yang disediakan oleh ibubapaku persiapan raya ini. Aku pun membuat persediaan itu kepada anak-anakku mengikut kemampuan yang aku dan suami mampu adakan. Cukuplah untuk bertukar pakaian sehelai dua. Cuma sejak kebelakangan ini kami beli baju mengikut tema warna untuk dipakai di pagi 1 Syawal, nampaklah sikit perbezaan dan senang nak di kenal, yang pakai baju warna biru contohnya itu keluarga aku atau keluarga abang bila beraya disebelah mertuaku. Setahun sekali nak meriah, lain hari tak buat pun.Yang penting jangan boros.

Dulu aku tak tahu tradisi meminta maaf kepada dua ibubapa di pagi raya, yang aku tahu dapat pakai baju baru, dapat makan kuih-muih, ketupat dan lauk pauk. Itulah raya bagi diriku. Dengan pengetahuan yang aku pelajari disekolah sedikit sebanyak pengisian hari raya berbubah dalam diriku, aku memohon maaf pada ibubapaku dan saudara mara yang aku kunjungi.Bila aku dah berumah tangga apun pun memohon kemaafan kepada suamiku.

Cuma aku tidak merasai kemeriahan solat sunat Aidil Fitri, sama ada ketika beraya dulu dan kini, di kampungku tidak didirikan solat sunat hari raya bagi golongan wanita, begitu juga di kampong belah suamiku. Itulah kekurangan yang aku hadapi. Andai solat hari raya dapat ditunaikan bertambahlah kenikmatan hari raya itu dalam diriku. Semoga situasi ini tidak berpanjangan dan pihak pentadbir masjid buatlah perubahan mengikut peredaran masa dan suasana. Kaum wanita pun hendak merasai suasana solat Aidil Fitri juga. Pemikiran wanita masa kini sudah terbuka luas seiring dengan permodenan dunia IT.

Oleh kerana aku masih merantau dari satu negeri ke satu negeri dan duduk di kuartes ATM adalah peluang untuk aku mendirikan solat sunat Aidil Adha kerana selalunya aku tidak balik ke kampong dan menyambut di kuartes sahaja. Surau- surau tertentu di kem ATM ada yang mendirikan solat teresebut, jadi aku pun menghadirkan diri disitu bersama keluargaku ataupun di masjid tempatku tinggal. 

Catatan Ekha 68
032136 JUL 2012
Isnin, 2 Julai 2012

Kisah Aku Puasa

Kisah Aku Puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh semua orang Islam. Pada bulan tersebut tersembunyi beribu-ribu keberkatan, kerahmatan dan pengampunan . Inilah masanya untuk kita meraih, mengutip, mengumpul, mengaut dan macam-macam lagi untuk mendapatkan dan memiliki segala macam khazanah yang ada padanya. Peluang ini hanya didapti dibulan Ramadhan sahaja. Tidak mungkin kita menemui khazanan ini dibulan-bulan yang lain. Selagi peluang masih ada sama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan amal makruf dan meninggalkan yang mungkar.

Sejak seawal usia kanak-kanak aku mula belajar puasa. Lebih tepat dan mudah Puasa Yang Yok (pagi-pagi buka periuk) Walaupun aku tidak tahu apa itu puasa dan kenapa di wajibkan berpuasa, tapi mengikut kata ibuku kita tak boleh makan waktu siang dan hanya dibolehkan makan pada waktu malam. Aku pun berpuasa yang termampu aku lakukan. Bertambah usia maka bertambahlah pengetahuan ku tentang puasa ini. Pada peringkat permulaan sekolah aku puasa masa disekolah, tapi bila aku balik kerumah ada juga curi-curi minum waktu tengahari kerana waktu itulah yang mencabar keimanan mereka yang puasa. Hal ini tidak berterusan kerana dengan keberkatan yang ada pada bulan Ramadhan ini secara sendiri kelaparan dan keletihan ini tidak dapat dirasai. Itulah hikmahnya Allah perintahkan kita puasa dibulan Ramadhan ini.

Bagi mereka yang tidak beriman kepada  Allah, mereka merasakan bulan ini adalah satu penyiksaan dan meletihkan kerana banyak pantang larang yang tidak boleh dilakukan. Berbeza dengan mereka yang beriman segala tegahan itu dihadapi dengan tenang dan diiringi dengan kesabaran. Insya Allah balasannya pasti akan kita nikmati jua akhirnya.

Waktu berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu, kerana kita boleh makan setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga. Dizaman kanak-kanakku sementara menunggu waktu berbuka ibuku menyuruh aku main buaian dibawah pokok yang memang dibuat oleh bapaku, untuk mengelakkan aku mengacau ibuku membuat persiapan untuk berbuka aku pun disuruh main daripada duduk menghadap makanan yang disediakan, bukan boleh makan lagi kata ibuku. Yang aku perasan waktu berbuka ibuku mesti masak bubur nasi dan sayur goreng untuk menggantikan nasi. Menu ini masih diamalkan sehingga kini. Tapi ada juga ibuku masak nasi biasa kerana perubahan selera di usia begini. Aku cuba juga mengikut menu ini tapi anak-anakku tidak menggemarinya. Aku buat sekadar untuk melepaskan keinginanku sahaja. Lain orang lain citarasanya.

Kesahku berpuasa dizaman sekolah menengah, aku ni pelajar sekolah aliran agama, yang lebih dikenali dengan Sekolah Pondok. Bagi pelajar lelaki memang mereka duduk dipondok-pondok kecil, bagi pelajar wanita pula duduk diasrama panjang. Sekolah ini tiada disediakan makanan. Setiap pelajar kena masak sendiri, termasuklah diriku.Bila tiba bulan puasa kami berkongsi makan masa buka dan sahur. Ini lebih meriah dari makan sendiri-sendiri.Tradisi ini berlaku sampailah aku tamat belajar disekolah tersebut.

Pada ketika ini juga kami berlumba-lumba untuk menamatkan 30 juzuk Al-quran (tadarus).Juga tidak lupa untuk berterawih , sebelum aku memasuki sekolah pondok ini seingat aku tak pernah untuk solat teraweh, cuma bapaku sahaja yang pergi sembahyang teraweh disurau.Sekali-sekala mereka akan membawa makanan untuk morey selepas selesai solat teraweh. Biasanya pada masa ini orang-orang muda akan main bedok sambil makan-makan untuk menghilangkan kepenatan teraweh tadi. Diasrama kami diwajibkan teraweh bersama-sama  yang diimami oleh isteri Pengetua sekolah tersebut.Mereka yang lebih senior bergilir-gilir menjadi bilal solat teraweh, tidak ketinggalan diriku pun terlibat sama. Sememangnya Ramadhan ini sangat menyeronokkan dan kalau boleh biar berterusan anpa timbul bulan-bulanyang lain.

Tradisi budak kampong bila Ramadhan hampir pergi, Syawal kan tiba, mereka mula buat meriam dari berbagai-bagai bahan. Yang mashur guna batang kelapa. Bila dah tiba waktu berbuka mereka pun mula berdentam dentum bunyinya bagi memeriahkan suasana kampong. Anihnya masa tu tak ada pula yang putus jari sana sini. Pelbagai golongan mereka main meriam, dari golongan bapa-bapa hingga anak-anak. Mereka main ikut peraturan dan diawasi oleh golongan dewasa. Tapi aku Cuma dengar sahajalah bunyi meriam tu sebab aku tak ada kawan nak nengok, sebab mereka biasanya buat disurau. Sekarang sungguh berbeza dengan dahulu,mercun pula yang memeriahkan suasana malam. Yang tak sedapnya baru hari puasa pertama dah ada mangsa yang putus jari kena mercun. Mercun ini juga mengganggu jemaah masjid dan surau kerana ada anak-anak yang bermain waktu solat dilaksanakan.

Catatan Ekha 68 
022142 JUL 2012
 

Blog Template by YummyLolly.com