Rabu, 28 November 2012

Diner Julera di Kinta Riverfront

Tarikh : 26 Nov 2012
Tempat : Hotel Kinta Riverfront
Acara : Meraikan ahli yang bersara, bertukar keluar & berkursus




Jumaat, 23 November 2012

Taklimat e-NCAR Zon Ipoh/Penang

Tarikh : 23 Nov 2012
Tempat : MSS Pulau Pinang
Acara : Taklimat e-NCAR

Pada hari ini aku menghadiri taklimat e-NCAR yang telah dirancang oleh Sel Agama MK 2 Div di Dewan Taklimat MSS Pulau Pinang. Aku bertolak dari Ipoh lebih kurang jam 0700 bersama Pmd Farus dan sampai disana lebih kurang jam 0900. Setibanya aku ditempat taklimat mereka yang lain sudah mengambil tempat. Aku kira aku orang yang terkemudian, rupanya ada lagi ustaz yang sampai lewat daripada aku. Maklumlah dari jauh kita orang datang , bukan sekitar Penang. Taklimat telah disampaikan oleh PS 3 IT Jab KAGAT, Kapt Arkam.







Muzakarah Ulamak Dan Cendekiawan Islam

Tarikh : 19 Nov 2012
Tempat : Dewan Banquet , Bangunan Darul Ridzuan
Acara : Muzakarah Ulamak Dan Cendekiawan Islam

Semenjak dari tahun 2011 lagi aku telah diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri majlis Perasmian Muzakarah Ulama Dan Cendikiawan Islam sempera hari keputeraan Sultan Perak. Pada tahun ini aku pun berkesempatan untuk menghadiri majlis yang sama. Banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dari majlis seperti ini. Selain dari itu dapat berkenalan dengan kawan baru dari pelbagai jabatan dan agensi yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Semoga aku berpeluang untuk menghadiri majlis seperti ini di lain masa.Insya Allah......



Pengalaman Baru Dalam Hidup

Tarikh : 22 Nov 2012
Tempat : Mahkamah Syariah Ipoh

Pada hari ini aku menemani Pn Noridalina bt Rashid isteri kepada LKpl Rozaidi bin Ishak ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk menyelesaikan kes tuntutan fasakh terhadap suaminya atas sebab-sebab yang tertentu yang dihadapi oleh mereka dalam melayari bahtera rumahtangganya.

Aku sangkakan kes ini akan berpanjangan, seperti mana yang aku tahu dan dialami oleh mereka yang menunut kes yang sama, ada juga kes seperti ini yang mengambil masa hingga bertahun. Mungkin ini rezeki mereka yang dipermudahkan oleh Allah.Alhamdulillah kes mereka selesai dalam satu hari sahaja selepas suami Pn Noridalina bersetuju untuk melepaskan isterinya tanpa banyak kesah.

Dan pada hari ini juga aku mendapat pengalaman pertama apabila aku dapat menyaksikan seorang suami melafazkan ucapan cerai talak satu kepada isterinya. Sebelum suaminya melafazkan cerai tersebut, Tuan Hakim menyuruh mereka bermaafan terlebih dahulu.Aku merasa terharu menyaksikan situasi itu.Setelah selesai melafazkan ucapan cerai itu aku lagi terharu kerana aku sendiri mendengar dan menyaksikan peristiwa yang tidak disukai ini dihadapan mata ku sendiri. 

Benar pepatah " ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari ". Begitu jugalah dengan jodoh mereka, putus ditengah jalan. Semoga ada kebaikan yang mendatang kepada pasangan ini setelah perpisahan mereka. Dari zahirnya mereka berpisah, tetapi mereka masih bersama dalam menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. 

Harapanku biarlah ini yang pertama dan terakhir aku menguruskan perceraikan suami isteri dalam ATM. Setelah 24 tahun aku berkhidmat ini pengalaman dan pengajaran dalam hidup ku.Perceraian kadang-kadang bukanlah menyelesaikan masalah, namun kadang-kadang ianya juga dapat merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka.



Selasa, 20 November 2012

Pertemuan Rakan Sekolah

Tarikh : 18 Nov 2012
Tempat : Stesyen keretapi Ipoh

Pagi ini aku bersama suami pergi ke stesyen keretapi kerana menghantar Naseha balik kolej selepas habis cuti Depavali. Seperti biasa , sementara menunggu keretapi bergerak aku duduk dikerusi yang disediakan disitu. Dengan tidak semena-mena aku terpandang seorang perempuan yang wajahnya seolah-olah aku kenal. 

Untuk mendapat kepastian aku pun memberi salam dan bertanya adakah ini Kak Siti Hajar Syahid, dia pun menjawab ia. Aku pun memperkenalkan diriku dan beliau pun masih mengingati wajah dan namaku , sebab selama ini kami hanya lihat wajah melalui laman Facebook sahaja. Alhamdulillah hari itu kami berbual kisah dizaman sekolah dulu di Irshadiah dan tentang keluarga sekarang. 

Secara kebetulan suami beliau pun berasal dari Muar juga, apa lagi sesi berkenalan lah suamiku dengan suami beliau. Siapa sangka kami boleh bertemu di stesyan keretapi Ipoh itu. 

Sebelum ini masa hantar Naseha balik lepas Raya Qurban , ditempat yang sama aku berjumpa dengan rakan ditempat  kerja lama di ITU, Sjn Liza yang duduk di Tg Rambutan. Banyak pertemuan juga di stesyan keretapi ini. Semoga ada lagi pertemuan-pertemuan yang tak disangka-sangka akan terjadi disitu, Insyaallah jika diizin Allah

Seronok sakan cerita kisah dulu-dulu zaman di SMI

Tersenyum Kak Hajar dan suaminya

Ibu kepada 8 orang cahaya mata



 

Blog Template by YummyLolly.com