Isnin, 25 Mac 2013

Ulang Tahun Jubli Perak


25 Mac 2013, hari ini genablah 25 tahun aku berkhidmat didalam ATM khususnya dalam Kor Agama Angkatan Tentera. Mula melangkahkan kaki menceburi ATM pada tanggal 26 Mac 1988 di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Ulu Tiram Johor.Semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan lagi perkhirmatan ku yang akan berakhir pada 25 mac 2015, Insya Allah jika dipanjangkan usia. Sempurnalah 27 tahun aku berkhidmat didalam ATM. 


Sabtu, 23 Mac 2013

Uji Kemampuan Diri

Tarikh : 22 Mac 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2 Wksp
Acara : UKKI Fardu Ain 2013

Zul MT

Tim KSOD & Kembalik

Geng Amra 

Tahu ke tak tahu Kpl Morbah ni buat

Apa fikir lagi jawab la....

Sjn Musa The Geng

Zafrina tahu jawab tak.....
 Setiap tahun kita akan diuji setakat mana penguasaan kita dalam pengetahuan Fardu Ain. Salah satu cara kita untuk mengetahui pengetahuan mereka ialah dengan mengadakan ujian Fardu Ain dikalangan mereka. Itulah gelagat anggota pasukan 2 zwksp dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sekalimpandang macam murid-murid TADIKA pun ada.

Semangat Kesukanan

Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : 2 Wksp Bgd
Acara : Riadah Berbasikal 




Pasukan 2 Wksp telah menubuhkan Kelab Basikal . Kelab ini terbuka kepada semua peringkat anggota . Kelab ini bermula dari pemerintahan Mej Dini lagi dan diteruskan ke zaman pemerintahan Mej Azmi. Ramai dikalangan anggota yang telah memiliki basikal dan telah menyertai kelab ini. Kelab ini di ketuai oleh PKW pasukan Mej Zulhasmi. Sebagai permulaan laluan yang mudah sahaja yang dilalui apabila melakukan riada ini, iaitu disekitar Jalan Tambun . Aku pun tidak ketinggalan untuk menyertai kelab ini bersama sahabat baikku PW 2 Zahariah. Sebelum ini hanya SSjn Zanariah sahaja yang menyertai kelab ini bagi kaum hawa.Semoga aktiviti ini akan mengeratkan lagihubung dikalangan semua peringkat anggota dan menjadikan kesihatan kita bertambah sempurna.
Ahad, 17 Mac 2013

1 Hari Serba Purple

Tarikh : 17 Mac 2013
Tempat : Padang Polo, Ipoh
Acara : Sambutan 1 Million Women Purple Walk Ng Perak

Sempena sambutan hari wanita

Beg cenderamata penyertaan 

Nombor untuk cabutan bertuah

Makanan untuk pengalas perut

Yang purple

Bersama BAKAT 2Wksp & Pranita 2Bgd

Dipadang Sek Men Teknik Ipoh

Santai di Padang Polo Ipoh

MB Perak

 

Kentos kelopo

Aku berasal dari kampung Tanah Lalang yang terkenal dengan pokok kelapanya di Bagan Datoh suatu masa dahulu. Bapaku seorang pekebun kelapa. Bila tiba masa untuk membelah kelapa aku berebut-rebut untuk mencari kelapa yang ada tombongnya atau kentos orang jawa kata. Sedap rasanya makan kentos itu. Sekali sekala bila aku balik kampung aku tanya kepada anakku nak makan tak kentos ini. Mulanya anak-anakku takut untuk memakannya, tapi lama-lama mereka suka. Dan kini bila aku belah kelapa mereka tanya ada tak kentos tu, nak makan. Sekarang untuk mendapatkan santan sangat senang , beli saja dipasar atau beli yang didalam kotak. Berbanding dengan suatu masa dulu terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat santan tersebut. Berbezanya dulu dan sekarang. Dunia serba moden dan serba mudah. Semua itu tinggal kenangn hanya bisa diceritakan pada anak-anak zaman ini.
Sabtu, 16 Mac 2013
Tempat: Surau Al-Faizin
Acara: Bengkel Pengurusan Jenazah
 
BAKAT 2Bgd telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah kepada ahlinya yang dibawah naungannya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan apa yang sepatutnya dilakukan bila kita berhadapan dengan sebuah kematian samada dikalangan keluarga, kawan taulan , saudara mara dan sebagainya. Atas kesedaran inilah bengkel seperti ini diadakan. Bengkel ini dikendalikan oleh staf agama dari 2 bgd.

Ahli BAKAT yang mengikuti bengkel

Penceramah bengkel Us Zulkifli

Pengerusi BAKAT 2 Bgd Datin Julia turut mengikuti bengkel

Demo oleh staf agama

Praktikel oleh peserta bengkel
Jumaat, 15 Mac 2013

Sepetang bersama Datin Julia

Tempat : Kediaman Rasmi Panglima 2 Bgd
Acara : Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
Tarikh : 22 Mac 2012




 
Majlis bacaan yasin , tahlil dan doa selamat telah diadakan dikediaman rasmi Panglima 2 Bgd bersempena kemasukan Yang Berbahagia Panglima kerumah tersebut. Majlis ini bertujuan untuk salam perkenalan ahli-ahli warga 2 bgd bersama Dato dan Datin.
Khamis, 14 Mac 2013

Aktiviti Riadah

Tarikh - 1 Mac 2013
Tempat - Kem Syed Putra
Acara - Merentas Desa 2 Bgd

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TD ke 80 2 Bgd menganjurkan aktiviti merentas desa bagi semua unit dibawah naungannya.Acara ini disertai oleh semua peringkat anggota lelaki dan wanita.



 
Bersama anggota dan peg KOD
Peserta membuat aktiviti memanaskan badan

Ketibaan Panglima 2 Bgd

Panglima melepaskan peserta larian

Aku bersama salah seorang peserta yang turut mengambil bahagian
Juara Wanita Puteri 2 Wksp Pbt Koney


Sebuah Kehilangan

Aku pernah mengalami kehilangan beg duit ketika aku bertugas di Seremban pada tahun 2009. Tidak dapat ku gambarkan keresahan dan kegelisahan yang aku alami kerana didalam beg duit itu terletaknya segala dokumen-dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad koperasi, kad insuran dan lain-lain lagi. Aku rasa tak tahu nak buat apa bila ku sedari kehilangan beg tersebut.
 
Sebagai proses awalnya aku melaporkan kehilangan itu ke balai polis berdekatan. Selepas itu aku pergi ke bank untuk memberhentikan penggunaan kad bank. Aku juga pergi pejabat sumpah untuk membuat kad pengenalan baru. Nak keluarkan duit, kad bank hilang. Nak keluarkan pakai buku bank kad pengenalan pula hilang. Pergi kemana-mana bawa kenderaan tanpa lesen. Takut juga kalau polis atau JPJ buat pemeriksaan. Tahu-tahulah orang buat salah, tak tenteram hidup. Ambik masa seminggu juga aku nakselesaikan masalah ini.
 
Namun peristiwa ini berulang kembali apabila aku kebilangan beg duit sekali lagi. Aku tak tahu dimana dia hilang. Yang aku pasti beg itu aku tinggal dirumah dan letak dalam almari. Aku hanya membawa kad pengenalan dan lesen memandu sahaja ketika pergi kerja. Namun kad bank ada dalam beg itu. Ini yang merunsingkan kepala saya. Namun aku mahu mencari dahulu baru aku nak lapur ke bank untuk tamatkan penggunaan kad bank tersebut dan buat yang baru.
 
Aku pernah berazam agar peristiwa ini tidak akan berlaku lagi dalam diriku. Namun takdir allah tidak ada siapa yang tahu.Sekali lagi kehilangan tersebut berlaku lagi tetapi tidak sehebat dulu. Aku hanya kehilangan kad bank,kad insura, kad koperasi, kad pasaraya dan kad potongan pembelian buku. Duit tunai mungkin dalam RM 200 lebih-lebih lah.Itulah wang perbelanjaan untuk minggu ini.Mungkin bukan rezeki ku duit itu.
 
Ya Allah aku tahu engkau mahu menguji aku dengan kehilangan ini. Mungkin kecuaian ini ada hikmah yang aku sendiri tak tahu. Aku terima ujian ini dengan hati yang lapang.
 

Majlis Santapan Rohani

Tarikh : 5 Jan2012
Tempat : Rumah BAKAT 2 Bgd
Acara : Bacaan Yasin & Tahlil BAKAT 2 Bgd

Salah satu diantara aktiviti yang sering dilaksanakan didalam program BAKAT pasukan ialah majlis bacaan yasin dan tahlil. BAKAT 2 Bgd telah mengadakan majlis tersebut sempena pembukaan aktiviti BAKAT bagi tahun 2012. Semua pengerusi dan ahli BAKAT pasukan naungan 2 bgd hadir untuk menjayakan majlis tersebut. Tidak ketinggalan Pengerusi BAKAT 2 Bgd, Datin Dahlia juga turut hadir bagi pembukaan aktiviti BAKAT ini. Semua uztazah kagat pasukan hadir bagi merialisakin majlis tersebut 
Ustazah Norhayati menyampaikan tazkirah

Pengerusi BAKAT 2 Bgd & Pengerusi BAKAT Pasukan Naungan 2 Bgd 

Bacaan Doa oleh Pembimbing  Kumpulan Yasin

Sedang mengalunkan selawat kepada nabi

Datin Dahlia beramah mesra bersama ustazah naungan 2 bgd

Bacaan doa oleh Ustazah Fazilah

Januan ringan bersama Datin Dahlia

Wajah seorang ketua


Sabtu, 9 Mac 2013

Kami Cinta Nabi Muhammad S A W

Tarikh : 2 Feb 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2Wksp
Acara : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 2 Wksp

Sudah menjadi tradisi dalam taqwim kerohanian pasukan, sambutan maulidur rasul telah berjaya dilaksanakan bagi warga 2 Wksp. Tahun ini sambutan ini telah disertai oleh ahli keluarga warga 2 Wksp. Penceramah jemputan yang dijemput ialah ustaz Mohd Zainudin bin Zaini, Pegawai Bahagian Keluarga Jabatan Agama Islam Perak.

Anggota yang turut menjayakan majlis

Anggota dan ahli keluarga

Anak-anak juga hadir

Peg Agama, Peg Pemerintah & Penceramah

Pembuka kata dari pengerusi majlis

Kaum ibu

Pengerusi BAKAT

Ahli BAKAT

Penceramah Jemputan

Tanda terima kasih

Jamuan ringan

Cik Zek , aku & Sjn Milah

Pengerusi BAKAT menjamu selera

 

Blog Template by YummyLolly.com