Sabtu, 13 April 2013

Hari Terbuka ATM Bersama Rakyat

Tarikh : 6 & 7 April 2013
Tempat : Kem Syed Putra, Ipoh
Acara : Sukaneka Rakyat















Ribut RKAT Kem Syed Putra

Tarikh : 9 April 2013
Tempat : Rumah Keluarga AT 
Peristiwa : Pokok Tumbang 

Peristiwa berlaku lebih kurang pukuk 4.30 petang, ketika itu hujan lebat , angin kecang serta guruh berdentam dentum. Pokok yang ada disebelah pagar kem telah patah dan tumbang ke kawasan rumah keluarga. Pokok yang tumbang telah menghalang jalan keluar masuk kenderaan yang diletak dibawah rumah.Pokok yang tumbang itu betul-betul dibelakang rumah ku.Terkejut anak perempuanku yang kebetulan menyaksikan peristiwa itu dihadapan matanya.

Setelah menghubungi mereka yang berkaitan dengan bahagian perumahan di MSS Ipoh, aku memohon bantuan dari Anggota JPAM Kinta untuk membesihkan pokok tumbang itu. Dalam pukul 10.30 Pasukan Penyelamat dari JPAM Kinta datang untuk memberi bantuan.

Turut sama berlaku kerosakan beberapa buah rumah keluarga di kediaman pegawai dan pejabat-pejabat disekitar Kem Syed Putra.






Aku turut sama membantu anggota JPAM


Rabu, 10 April 2013

Majlis Titian Kasih Pengerusi BAKAT 2 Divisyen

Tarikh : 9 April 2013
Tempat : Rumah BAKAT 2 Bgd
Acara : Majlis Meraikan Perpisahan Datin Rashidah

Bertukar masuk dan bertukar keluar adalah perkara biasa dan lumrah dalam warga ATM. Sudah menjadi tradisi setiap yang pergi akan diraikan bagi mengenang jasa dan sumbangan yang telah disumbang kan selama ini. Perkara ini tidak mengira lapisan anggota samada peringkat LLP atau Pegawai , begitu juga di kalangan isteri mereka. Bagi meraiakan pertukaran Datin Rashidah Pengerusi BAKAT 2 Divisyen  kerana mengikut suaminya yang akan ditukarkan ke Markas TD tidak lama lagi, BAKAT 2 Bgd telah mengadakan Majlis Titian Kasih bersama Ahli BAKAT Pasukan naungan 2 Bgd.

Alhamdulillah di majlis ini telah mempertemukan aku dengan 2 sahabat lama yang suatu masa pernah bersama denganku dan berpisah kita kerana kehendak perkhimatan. Masitah skot KAGAT siri 3/88 dan Ustazah Norhanizah bekas Pemak Wanita Mk 3 Div suatu masa dulu. Bertemu kita dimajlis ini tanpa disangka-sangka.

Bersama Ustazah Niza

Bersama Pengerusi BAKAT Zon Taiping


Bersama Datin Juliana


Ahli BAKAT 2 Wksp, Doreen , Izan & Kak Muzirah

Bersama Ahli BAKAT yang hadir
Cenderahati untuk yang hadir

Ahli BAKAT 2 Wksp bersama Datin Juliana


Isnin, 8 April 2013

Cenderahati

Suamiku telah membelikan ku sebuah jam tangan. Sebelum ini suamiku pernah membelikan ku sebuah jam juga tetapi jam itu telah hilang pada tahun 2005 ketika aku menjalani Latihan Pasak Bumi di Ng 9. Aku merasa kesal atas kehilangan yang disebabkan darinkecuaian ku. Alhamdulillah pada tahun 2013 ini suamiku membelikan ku sebuah jam lagi sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun perkhidmatanku dalam ATM. Semoga pemberian ini akan terus berada dan menyuerikan tanganku.Terima kasih abang....



 

Blog Template by YummyLolly.com