Jumaat, 23 November 2012

Pengalaman Baru Dalam Hidup

Tarikh : 22 Nov 2012
Tempat : Mahkamah Syariah Ipoh

Pada hari ini aku menemani Pn Noridalina bt Rashid isteri kepada LKpl Rozaidi bin Ishak ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk menyelesaikan kes tuntutan fasakh terhadap suaminya atas sebab-sebab yang tertentu yang dihadapi oleh mereka dalam melayari bahtera rumahtangganya.

Aku sangkakan kes ini akan berpanjangan, seperti mana yang aku tahu dan dialami oleh mereka yang menunut kes yang sama, ada juga kes seperti ini yang mengambil masa hingga bertahun. Mungkin ini rezeki mereka yang dipermudahkan oleh Allah.Alhamdulillah kes mereka selesai dalam satu hari sahaja selepas suami Pn Noridalina bersetuju untuk melepaskan isterinya tanpa banyak kesah.

Dan pada hari ini juga aku mendapat pengalaman pertama apabila aku dapat menyaksikan seorang suami melafazkan ucapan cerai talak satu kepada isterinya. Sebelum suaminya melafazkan cerai tersebut, Tuan Hakim menyuruh mereka bermaafan terlebih dahulu.Aku merasa terharu menyaksikan situasi itu.Setelah selesai melafazkan ucapan cerai itu aku lagi terharu kerana aku sendiri mendengar dan menyaksikan peristiwa yang tidak disukai ini dihadapan mata ku sendiri. 

Benar pepatah " ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari ". Begitu jugalah dengan jodoh mereka, putus ditengah jalan. Semoga ada kebaikan yang mendatang kepada pasangan ini setelah perpisahan mereka. Dari zahirnya mereka berpisah, tetapi mereka masih bersama dalam menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. 

Harapanku biarlah ini yang pertama dan terakhir aku menguruskan perceraikan suami isteri dalam ATM. Setelah 24 tahun aku berkhidmat ini pengalaman dan pengajaran dalam hidup ku.Perceraian kadang-kadang bukanlah menyelesaikan masalah, namun kadang-kadang ianya juga dapat merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka.



0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com