Tarikh : 18 Nov 2012
Tempat : Stesyen keretapi Ipoh
Pagi ini aku bersama suami pergi ke stesyen keretapi kerana menghantar Naseha balik kolej selepas habis cuti Depavali. Seperti biasa , sementara menunggu keretapi bergerak aku duduk dikerusi yang disediakan disitu. Dengan tidak semena-mena aku terpandang seorang perempuan yang wajahnya seolah-olah aku kenal.
Untuk mendapat kepastian aku pun memberi salam dan bertanya adakah ini Kak Siti Hajar Syahid, dia pun menjawab ia. Aku pun memperkenalkan diriku dan beliau pun masih mengingati wajah dan namaku , sebab selama ini kami hanya lihat wajah melalui laman Facebook sahaja. Alhamdulillah hari itu kami berbual kisah dizaman sekolah dulu di Irshadiah dan tentang keluarga sekarang.
Secara kebetulan suami beliau pun berasal dari Muar juga, apa lagi sesi berkenalan lah suamiku dengan suami beliau. Siapa sangka kami boleh bertemu di stesyan keretapi Ipoh itu.
Sebelum ini masa hantar Naseha balik lepas Raya Qurban , ditempat yang sama aku berjumpa dengan rakan ditempat kerja lama di ITU, Sjn Liza yang duduk di Tg Rambutan. Banyak pertemuan juga di stesyan keretapi ini. Semoga ada lagi pertemuan-pertemuan yang tak disangka-sangka akan terjadi disitu, Insyaallah jika diizin Allah
Seronok sakan cerita kisah dulu-dulu zaman di SMI |
Tersenyum Kak Hajar dan suaminya |
Ibu kepada 8 orang cahaya mata |
0 ulasan:
Catat Ulasan