Rabu, 22 Ogos 2012

Perjalanan Raya 1433

16/8/12

Aku mula cuti untuk menyambut hari raya di kampung suamiku di Muar, Johor. Tapi anakku Aslam Hadi masih sekolah lagi hari itu. Begitu juga dengan suamiku, dia masih kerja lagi. Aku pun mengemas segala pakaian dan baranagn yang perlu dibawa ketika balik raya nanti. Aku juga mengemas serba sedikit rumahku supaya nampak macam orang nak raya.

Selepas berbuka dan solat maghrib lebih kurang jam 8.30 malam aku dan keluarga pun bertolak ke Muar, Johor. Cuaca dari Ipoh baik sahaja. Tapi dipertengahan jalan hujan pun turun. Sepanjang perjalanan kami berhenti rehat sebanyak dua kali untuk menghilangkan keletihan memandu bagi suamiku, aku dan anak-anak yang duduk sahaja pun letih juga. Pertama aku sekeluarga berhenti rehat di R&R Tapah untuk solat Isyak dan kedua berhenti di R&R Seremban. Di sini kami pekena lemang cicah kuah sadin yang ku bawa lebih berbuka tadi. Lemang beli disitu selesai 7 ketul, kami pun meneruskan perjalanan.

Aku sekeluarga selamat sampai dirumah mertuaku lebih kurang pukul 2.40 pagi. Apalagi tidur la lepas tu.

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com