17/8/12
Aku menolong mertuaku menganyam ketupat dari daun kelapa. Mujur juga aku berkebolehan untuk membuatnya. Ketupat hidangan resmi hari raya baik di rumahku mahupun rumah mertuaku, yang berbeza cuma lauknya sahaja.
Inilah jenis-jenis ketupat yang boleh aku buat:
|
koleksi ketupatku |
|
ketupat dengkeng |
|
ketupat sintok |
|
ketupat bawang |
|
ketupat satey |
|
sebahagian hasil anyamanku, ketupat jantung tiada dipaparkan |
Sebelum itu aku dan suami pergi kepasar untuk mencari lauk dan sayur untuk dimasak buat hidangan berbuka nanti. Balik dari pasar aku dapati adik iparku An dah ada dirumah, dia cuti awal katanya. Sedia ada dirumah masa aku sampai adik iparku Khir juga dah ada. Dia lagi awal cutinya. Waktu berbuka petang ini kami berbuka ramai-ramai.
0 ulasan:
Catat Ulasan