Bai jual roti
Kisah ini sangat lucu bila ku
ingat-ingatkan dan sangat tak masuk akal. Suatu hari aku keluar bersama adikku.
Ketika itu menurut yang diceritakan ada benggali nak potong kepala dan
dicampakkan ke sungai untuk memantapkan lagi pembinaan jambatan Sabak Bernam.
Kebetulan ketika aku dan adikku keluar jalan-jalan di sekitar kampungku ada
seorang benggali masuk kampong jual roti, sebaik aku dengar bunyi hon motor
dia, memberi tahu siapa nak beli roti.
Aku pun mula berasa seram dan meremang bulu tenggok, aku pun mengheret tangan
adikku lari kerana takut kena sembelih kepala seperti yang digembar-gemburkan
orang ketika itu. Alhamdulillah aku dan adikku masih hidup sihat wal afiat
hingga kini.
Catatan Ekha 68
271307 JUN 12