Peristiwa Kematian Adikku
Kisah ini menceritakan tentang
hari kematian adik ku Suhaimi, adikku lahir ketika aku berusia 3 tahun, apa
yang aku ingat ketika itu ada orang ramai datang kerumahku dengan tujuan yang
tidak ku ketahui.Menurut cerita dari orang tua ku, adikku meninggal akibat sakit Demam Panas hingga terjadi sawan tarik, mungkin kemudahan perubatan yang jauh dari rumah, adikku tidak dapat diselamatkan. Aku lihat orang memandikan jenazah adikku diruang tamu
rumahku. Selain dari itu aku tidak tahu apa yang mereka buat. Aku melihat ibuku
juga melihat sama peristiwa yang berlaku ketika itu. Ketika itu aku tidak tahu
erti apa itu KEMATIAN yang menimpa kepada adikku. Alhamdulillah sekarang ini
aku berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah kerana ia adalah salah satu
tugas yang tersenarai dalam tugas utamaku . Sedikit sebanyak ia akan
menyedarkan aku bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, kita tidak tahu bila,
dimana, bagaimana dan kenapa Semoga adikku inilah yang akan menjadi tiket
menjemput ibubapa nya masuk ke syurga nanti. Ya Allah cucuri dan rahmati roh
adikku ini. AMIN…… AMIN….. YA ROBBAL ALAMIN
Catatan Ekha 68
262031 JUN 12
0 ulasan:
Catat Ulasan