25 Mac 2013, hari ini genablah 25 tahun aku berkhidmat didalam ATM khususnya dalam Kor Agama Angkatan Tentera. Mula melangkahkan kaki menceburi ATM pada tanggal 26 Mac 1988 di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Ulu Tiram Johor.Semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan lagi perkhirmatan ku yang akan berakhir pada 25 mac 2015, Insya Allah jika dipanjangkan usia. Sempurnalah 27 tahun aku berkhidmat didalam ATM.
Isnin, 25 Mac 2013
Sabtu, 23 Mac 2013
Uji Kemampuan Diri
Tarikh : 22 Mac 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2 Wksp
Acara : UKKI Fardu Ain 2013
Setiap tahun kita akan diuji setakat mana penguasaan kita dalam pengetahuan Fardu Ain. Salah satu cara kita untuk mengetahui pengetahuan mereka ialah dengan mengadakan ujian Fardu Ain dikalangan mereka. Itulah gelagat anggota pasukan 2 zwksp dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sekalimpandang macam murid-murid TADIKA pun ada.
Tempat : Surau Al-Farabi 2 Wksp
Acara : UKKI Fardu Ain 2013
Zul MT |
Tim KSOD & Kembalik |
Geng Amra |
Tahu ke tak tahu Kpl Morbah ni buat |
Apa fikir lagi jawab la.... |
Sjn Musa The Geng |
Zafrina tahu jawab tak..... |
Label:
Regimental
Semangat Kesukanan
Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : 2 Wksp Bgd
Acara : Riadah Berbasikal
Tempat : 2 Wksp Bgd
Acara : Riadah Berbasikal
Pasukan 2 Wksp telah menubuhkan Kelab Basikal . Kelab ini terbuka kepada semua peringkat anggota . Kelab ini bermula dari pemerintahan Mej Dini lagi dan diteruskan ke zaman pemerintahan Mej Azmi. Ramai dikalangan anggota yang telah memiliki basikal dan telah menyertai kelab ini. Kelab ini di ketuai oleh PKW pasukan Mej Zulhasmi. Sebagai permulaan laluan yang mudah sahaja yang dilalui apabila melakukan riada ini, iaitu disekitar Jalan Tambun . Aku pun tidak ketinggalan untuk menyertai kelab ini bersama sahabat baikku PW 2 Zahariah. Sebelum ini hanya SSjn Zanariah sahaja yang menyertai kelab ini bagi kaum hawa.Semoga aktiviti ini akan mengeratkan lagihubung dikalangan semua peringkat anggota dan menjadikan kesihatan kita bertambah sempurna.
Ahad, 17 Mac 2013
1 Hari Serba Purple
Tarikh : 17 Mac 2013
Tempat : Padang Polo, Ipoh
Acara : Sambutan 1 Million Women Purple Walk Ng Perak
Sempena sambutan hari wanita
Tempat : Padang Polo, Ipoh
Acara : Sambutan 1 Million Women Purple Walk Ng Perak
Sempena sambutan hari wanita
Beg cenderamata penyertaan |
Nombor untuk cabutan bertuah |
Makanan untuk pengalas perut |
Yang purple |
Bersama BAKAT 2Wksp & Pranita 2Bgd |
Dipadang Sek Men Teknik Ipoh |
Santai di Padang Polo Ipoh |
MB Perak |
Kentos kelopo
Aku berasal dari kampung Tanah Lalang yang terkenal dengan pokok kelapanya di Bagan Datoh suatu masa dahulu. Bapaku seorang pekebun kelapa. Bila tiba masa untuk membelah kelapa aku berebut-rebut untuk mencari kelapa yang ada tombongnya atau kentos orang jawa kata. Sedap rasanya makan kentos itu. Sekali sekala bila aku balik kampung aku tanya kepada anakku nak makan tak kentos ini. Mulanya anak-anakku takut untuk memakannya, tapi lama-lama mereka suka. Dan kini bila aku belah kelapa mereka tanya ada tak kentos tu, nak makan. Sekarang untuk mendapatkan santan sangat senang , beli saja dipasar atau beli yang didalam kotak. Berbanding dengan suatu masa dulu terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat santan tersebut. Berbezanya dulu dan sekarang. Dunia serba moden dan serba mudah. Semua itu tinggal kenangn hanya bisa diceritakan pada anak-anak zaman ini.
Label:
kisah silam
Sabtu, 16 Mac 2013
Tempat: Surau Al-Faizin
Acara: Bengkel Pengurusan Jenazah
BAKAT 2Bgd telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah kepada ahlinya yang dibawah naungannya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan apa yang sepatutnya dilakukan bila kita berhadapan dengan sebuah kematian samada dikalangan keluarga, kawan taulan , saudara mara dan sebagainya. Atas kesedaran inilah bengkel seperti ini diadakan. Bengkel ini dikendalikan oleh staf agama dari 2 bgd.
Ahli BAKAT yang mengikuti bengkel |
Penceramah bengkel Us Zulkifli |
Pengerusi BAKAT 2 Bgd Datin Julia turut mengikuti bengkel |
Demo oleh staf agama |
Praktikel oleh peserta bengkel |
Label:
Majlis Rasmi
Jumaat, 15 Mac 2013
Sepetang bersama Datin Julia
Tempat : Kediaman Rasmi Panglima 2 Bgd
Acara : Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
Tarikh : 22 Mac 2012
Acara : Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
Tarikh : 22 Mac 2012
Majlis bacaan yasin , tahlil dan doa selamat telah diadakan dikediaman rasmi Panglima 2 Bgd bersempena kemasukan Yang Berbahagia Panglima kerumah tersebut. Majlis ini bertujuan untuk salam perkenalan ahli-ahli warga 2 bgd bersama Dato dan Datin.
Label:
Majlis Rasmi
Khamis, 14 Mac 2013
Aktiviti Riadah
Tarikh - 1 Mac 2013
Tempat - Kem Syed Putra
Acara - Merentas Desa 2 Bgd
Tempat - Kem Syed Putra
Acara - Merentas Desa 2 Bgd
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TD ke 80 2 Bgd menganjurkan aktiviti merentas desa bagi semua unit dibawah naungannya.Acara ini disertai oleh semua peringkat anggota lelaki dan wanita.
Bersama anggota dan peg KOD |
Peserta membuat aktiviti memanaskan badan |
Ketibaan Panglima 2 Bgd |
Panglima melepaskan peserta larian |
Aku bersama salah seorang peserta yang turut mengambil bahagian |
Juara Wanita Puteri 2 Wksp Pbt Koney |
Sebuah Kehilangan
Aku pernah mengalami kehilangan beg duit ketika aku bertugas di Seremban pada tahun 2009. Tidak dapat ku gambarkan keresahan dan kegelisahan yang aku alami kerana didalam beg duit itu terletaknya segala dokumen-dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad koperasi, kad insuran dan lain-lain lagi. Aku rasa tak tahu nak buat apa bila ku sedari kehilangan beg tersebut.
Sebagai proses awalnya aku melaporkan kehilangan itu ke balai polis berdekatan. Selepas itu aku pergi ke bank untuk memberhentikan penggunaan kad bank. Aku juga pergi pejabat sumpah untuk membuat kad pengenalan baru. Nak keluarkan duit, kad bank hilang. Nak keluarkan pakai buku bank kad pengenalan pula hilang. Pergi kemana-mana bawa kenderaan tanpa lesen. Takut juga kalau polis atau JPJ buat pemeriksaan. Tahu-tahulah orang buat salah, tak tenteram hidup. Ambik masa seminggu juga aku nakselesaikan masalah ini.
Namun peristiwa ini berulang kembali apabila aku kebilangan beg duit sekali lagi. Aku tak tahu dimana dia hilang. Yang aku pasti beg itu aku tinggal dirumah dan letak dalam almari. Aku hanya membawa kad pengenalan dan lesen memandu sahaja ketika pergi kerja. Namun kad bank ada dalam beg itu. Ini yang merunsingkan kepala saya. Namun aku mahu mencari dahulu baru aku nak lapur ke bank untuk tamatkan penggunaan kad bank tersebut dan buat yang baru.
Aku pernah berazam agar peristiwa ini tidak akan berlaku lagi dalam diriku. Namun takdir allah tidak ada siapa yang tahu.Sekali lagi kehilangan tersebut berlaku lagi tetapi tidak sehebat dulu. Aku hanya kehilangan kad bank,kad insura, kad koperasi, kad pasaraya dan kad potongan pembelian buku. Duit tunai mungkin dalam RM 200 lebih-lebih lah.Itulah wang perbelanjaan untuk minggu ini.Mungkin bukan rezeki ku duit itu.
Ya Allah aku tahu engkau mahu menguji aku dengan kehilangan ini. Mungkin kecuaian ini ada hikmah yang aku sendiri tak tahu. Aku terima ujian ini dengan hati yang lapang.
Majlis Santapan Rohani
Tarikh : 5 Jan2012
Tempat : Rumah BAKAT 2 Bgd
Acara : Bacaan Yasin & Tahlil BAKAT 2 Bgd
Tempat : Rumah BAKAT 2 Bgd
Acara : Bacaan Yasin & Tahlil BAKAT 2 Bgd
Salah satu diantara aktiviti yang sering dilaksanakan didalam program BAKAT pasukan ialah majlis bacaan yasin dan tahlil. BAKAT 2 Bgd telah mengadakan majlis tersebut sempena pembukaan aktiviti BAKAT bagi tahun 2012. Semua pengerusi dan ahli BAKAT pasukan naungan 2 bgd hadir untuk menjayakan majlis tersebut. Tidak ketinggalan Pengerusi BAKAT 2 Bgd, Datin Dahlia juga turut hadir bagi pembukaan aktiviti BAKAT ini. Semua uztazah kagat pasukan hadir bagi merialisakin majlis tersebut
Ustazah Norhayati menyampaikan tazkirah |
Pengerusi BAKAT 2 Bgd & Pengerusi BAKAT Pasukan Naungan 2 Bgd |
Bacaan Doa oleh Pembimbing Kumpulan Yasin |
Sedang mengalunkan selawat kepada nabi |
Datin Dahlia beramah mesra bersama ustazah naungan 2 bgd |
Bacaan doa oleh Ustazah Fazilah |
Januan ringan bersama Datin Dahlia |
Wajah seorang ketua |
Label:
Majlis Rasmi
Sabtu, 9 Mac 2013
Kami Cinta Nabi Muhammad S A W
Tarikh : 2 Feb 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2Wksp
Acara : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 2 Wksp
Sudah menjadi tradisi dalam taqwim kerohanian pasukan, sambutan maulidur rasul telah berjaya dilaksanakan bagi warga 2 Wksp. Tahun ini sambutan ini telah disertai oleh ahli keluarga warga 2 Wksp. Penceramah jemputan yang dijemput ialah ustaz Mohd Zainudin bin Zaini, Pegawai Bahagian Keluarga Jabatan Agama Islam Perak.
Anggota yang turut menjayakan majlis |
Anggota dan ahli keluarga |
Anak-anak juga hadir |
Peg Agama, Peg Pemerintah & Penceramah |
Pembuka kata dari pengerusi majlis |
Kaum ibu |
Pengerusi BAKAT |
Ahli BAKAT |
Penceramah Jemputan |
Tanda terima kasih |
Jamuan ringan |
Cik Zek , aku & Sjn Milah |
Pengerusi BAKAT menjamu selera |
Label:
Majlis Rasmi
Langgan:
Catatan (Atom)