Ahad, 17 Mac 2013

Kentos kelopo

Aku berasal dari kampung Tanah Lalang yang terkenal dengan pokok kelapanya di Bagan Datoh suatu masa dahulu. Bapaku seorang pekebun kelapa. Bila tiba masa untuk membelah kelapa aku berebut-rebut untuk mencari kelapa yang ada tombongnya atau kentos orang jawa kata. Sedap rasanya makan kentos itu. Sekali sekala bila aku balik kampung aku tanya kepada anakku nak makan tak kentos ini. Mulanya anak-anakku takut untuk memakannya, tapi lama-lama mereka suka. Dan kini bila aku belah kelapa mereka tanya ada tak kentos tu, nak makan. Sekarang untuk mendapatkan santan sangat senang , beli saja dipasar atau beli yang didalam kotak. Berbanding dengan suatu masa dulu terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat santan tersebut. Berbezanya dulu dan sekarang. Dunia serba moden dan serba mudah. Semua itu tinggal kenangn hanya bisa diceritakan pada anak-anak zaman ini.

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com