Sabtu, 9 Mac 2013

Program Kerohanian 2 Wksp

Tarikh : 27 Feb 2013
Tempat : Surau Al-Farabi 2Wksp
Acara : Bacaan Yasin & Tahlil Sempena HUT TD ke 80

Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat  yang jatuh pada tanggal 1 Mac setiap tahun berbagai rancangan aktiviti telah diatur untuk memenuhi acara sambutan tersebut samada yang berbentuk perbarisan, kerohanian, riadah dan sebagainya, yang selayaknya menjadi tradisi dilaksanakan untuk menambahkan lagi semangat juang warganya untuk meneruskan keunggulan TD diserata dunia seiring dengan usia TD yang melangkah ke 80 tahun.

Tidak ketinggalan warga TD 2 Wksp Bgd Ipoh telah mengadakan majlis membaca yasin dan tahlil sempena menyambut hari ualng tahun itu, Bagi menjayakan majlis tersebut pasukan 2 Wksp telah menjemput Ustaz Abd Halim b Shahidan dari Kem 2 Bgd untuk mengetuai majlis dan mengimamkan solat zohor berjemaah. Sedikit tazkirah sebagai penyuntik semangat terus gigih berjuang telah dihidangkan sebagai santapan rohani sambil menunggu masuknya waktu solat zohor.

Pegawai Pemerintah , pegawai-pegawai serta semua anggota tentera dan awam muslim  warga 2 Wksp sama-sama hadir memeriah syiar islam dalam majlis tersebut.

Imam jemputan memulakan majlis

Peg Pemerintah dan pegawai-pegawai JLJ 2 wksp

Warga TD 2 Wksp membaca yasin dan tahlil

Kaum wanita yang menyertai majlis kerohanian

Mendengar tazkirah

Bersalaman mengeratkan ukhuwah antara semua peringkat warga 2 Wksp
Ustaz Abd Halim menyampaikan tazkirah


0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com