Rabu, 6 Mac 2013

Latihan Menembak PLKN

4 Mac 2013
 
Satu pengalaman baru yang dapat ku perolehi disepanjang 25 tahun perkhidmatanku di dalam ATM . Namaku telah disenaraikan dalam aktiviti latihan menembak pelatih PLKN Kem Sinaran Suria, Sungkai. Pada 4 Mac 13 sepatutnya aku bersama mereka anggota-anggota 2 Wksp pergi ke PLKN Kem Sinaran Suria jam 0700. Namun aku tidak pergi bersama mereka kerana tidak sangka aku pun terlibat semasa Latihan mengajar senjata disana, aku pun datang kerja seperti biasa, 0745.
 
Namun aku terkejut sebab mereka tanya , kenapa ustazah tak pergi mengajar PLKN,nama ustazah ada dalam odes pergi sana. Aku pun ditegur oleh pegawaiku dan aku pun mengaku salah yang aku sebenarnya tak baca odes. Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang tak pergi , ada tiga orang anggota lagi yang sama kesalahan denganku.  Akhirnya aku dan anggota yang lain pergi juga walaupun dah lewat. Sampai disana sesi mengajar senjata dah tamat, mereka sedang buat teori menembak sahaja. Kiranya aku pergi sana untuk makan saja, sebab lepas habis teori mereka pun makan dan balik ke kem semula. Walaubagaimanapun aku menjejakkan juga kaki di PLKN Kem Sinaran Suria, Sungkai.
 
5 Mac 2013
 
Aku sudah tahu yang aku terlibat dalam mengasuh menembak wira-wati pada hari itu, aku tidak mahu tertinggal lagi. Aku bangun awal untuk menyediakan makanan untuk anak-anakku ke sekolah. Kebetulan setiap hari selasa wajib solat subuh berjemaah dikem untuk anggota bujang dan penduduk RKAT Kem Syed Putra, aku pun pergi solat subuh di kem. Seperti yang ku duga memang aku seorang sahajalah yang datang, anggota bujang entah kemana dan anggota kahwin tinggal RKAT pun kemana. Selepas solat aku tak balik rumah seperti selalu, aku terus duduk disurau hingga sampai waktu ambil senjata dan baris pagi.
 
Dilapang sasar menembak 2RRD aku tidak duduk dalam kelompok pengasuh-pengasuh. Aku duduk bersama kelompok pitik peluru, biarpun aku seorang sahaja yang wanita. Sebenarnya aku tidak yakin untuk tugas mengasuh ini kerana aku tidak mahir mengendalikan senjata. Namun mereka pun diam sahaja aku tak buat tugas tersebut.
 
Tidak disangka-sangka diantara ramai-ramai pelatih PLKN itu seorang daripadanya anak kepada skot aku Raja Fauziah. Depa yang kata ada anak skot ustazah menembak hari tu.Walaupun tak jumpa dengan emaknya, jumpa anaknya pun jadilah.
 
6 Mac 2013
 
Hari ini merupakan hari terakhir latihan menembak PLKN. Banyak pula aksi-aksi pelatih tersebut. Ada seorang pelatih itu yang takut nak menembak sampai menangis dan keluar baris tak jadi menembak. Mungkin semangat dia tak kuat dan semua itu boleh terjadi apabila memegang senjata dan menembak peluru hidup. Aksi hari sebelumnya, seorang pelatih dia sedang menunggu giliran untuk menembak dan buat-buat macam orang sujud, jurulatih ingatkan dia pengsan sebab cuaca hari tu memang panas. Kalang kelibut petugas perubatan pergi mendapatkan pelatih tersebut. Namun bila sampai disitu dia pun bangun tidak pengsan seperti yang disangkakan. Macam-macam kerenah pelatih ni, buat orang susah hati saja. Aku tidak tahu apa tindakan yang dikenakan kepada pelatih tersebut yang seolah-olah mempermainkan jurulatih mereka.
 
Akhirnya tamat juga latihan kali ini. Cuaca pun hari ini redup sahaja. Yang penting satu pengalaman baru yang aku perolehi didalam perkhidmatanku. Terima kasih Cik Zul, Cik Din dan rakan-rakan yang lain. Tak tahu pengalaman seperti ini dapat atau tidak aku perolehi selepas ini.  

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com