Khamis, 14 Mac 2013

Sebuah Kehilangan

Aku pernah mengalami kehilangan beg duit ketika aku bertugas di Seremban pada tahun 2009. Tidak dapat ku gambarkan keresahan dan kegelisahan yang aku alami kerana didalam beg duit itu terletaknya segala dokumen-dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad koperasi, kad insuran dan lain-lain lagi. Aku rasa tak tahu nak buat apa bila ku sedari kehilangan beg tersebut.
 
Sebagai proses awalnya aku melaporkan kehilangan itu ke balai polis berdekatan. Selepas itu aku pergi ke bank untuk memberhentikan penggunaan kad bank. Aku juga pergi pejabat sumpah untuk membuat kad pengenalan baru. Nak keluarkan duit, kad bank hilang. Nak keluarkan pakai buku bank kad pengenalan pula hilang. Pergi kemana-mana bawa kenderaan tanpa lesen. Takut juga kalau polis atau JPJ buat pemeriksaan. Tahu-tahulah orang buat salah, tak tenteram hidup. Ambik masa seminggu juga aku nakselesaikan masalah ini.
 
Namun peristiwa ini berulang kembali apabila aku kebilangan beg duit sekali lagi. Aku tak tahu dimana dia hilang. Yang aku pasti beg itu aku tinggal dirumah dan letak dalam almari. Aku hanya membawa kad pengenalan dan lesen memandu sahaja ketika pergi kerja. Namun kad bank ada dalam beg itu. Ini yang merunsingkan kepala saya. Namun aku mahu mencari dahulu baru aku nak lapur ke bank untuk tamatkan penggunaan kad bank tersebut dan buat yang baru.
 
Aku pernah berazam agar peristiwa ini tidak akan berlaku lagi dalam diriku. Namun takdir allah tidak ada siapa yang tahu.Sekali lagi kehilangan tersebut berlaku lagi tetapi tidak sehebat dulu. Aku hanya kehilangan kad bank,kad insura, kad koperasi, kad pasaraya dan kad potongan pembelian buku. Duit tunai mungkin dalam RM 200 lebih-lebih lah.Itulah wang perbelanjaan untuk minggu ini.Mungkin bukan rezeki ku duit itu.
 
Ya Allah aku tahu engkau mahu menguji aku dengan kehilangan ini. Mungkin kecuaian ini ada hikmah yang aku sendiri tak tahu. Aku terima ujian ini dengan hati yang lapang.
 

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com