Isnin, 16 Julai 2012

Rumah Keluarga ATM

Selepas aku dan dia sah jadi suami isteri, aku dan suami masih duduk berasingan di berek bujang masing-masing kerana kami belum memohon rumah keluarga. Aku ada menyarankan supaya menyewa rumah yang berhampiran dengan tempat kerjaku, tapi suami tak setuju. Dia ada memohon rumah keluarga ditempat dia kerja dan orang yang menduduki rumah itu akan keluar tak lama lagi. Itulah alasan suamiku tidak mahu duduk dirumah sewa.

Akhirnya setelah 4 bulan duduk berasingan, aku dan suami pun dapat duduk di rumah keluarga di Kem Wardiburn. Rumah flat tingkat 4, atas sekali. Mujur 4 tingkat sahaja. Bayangkan kalau tingkat 14 ke 24 ke lagi haru dibuatnya. Maka aku pun berulang alik menaiki bas ke tempat kerja ku di Kem Sungai Besi. Setiap pagi suamiku akan menemani ku pergi ke perhentian bas sebab agak jauh juga dari rumah kami tinggal. Kami hanya berjalan kaki sahaja. Maklumlah orang baru nak belajar hidup, kena pelan-pelanlah tak boleh nak selalu beli itu ini, kopak kocek den weee.

Setelah aku menaiki bas suamiku pun pulang kerumah. Sambil tu dia singgah di pasar beli ikan dan sayur untuk ku masak balik kerja nanti.Tidak lama aku pun menumpang dengan Sjn Ahmad yang sama bekerja denganku.Semasa aku berulang alik naik bas, aku ambik pas tiket bulanan, Belanja bulanan lebih kurang RM 70 sebulan. Tapi kalau aku keluar jalan-jalan pun aku boleh pakai tiket tu sebab dah bayar untuk sebulan.

Setiap anggota yang duduk luar boleh buat klim tuntutan perjalanan ketempat kerja. Staf gaji menyuruh aku buat pakai tiket bas. Sebulan boleh tuntut RM 30 sahaja. Aku kumpulkan 3 bulan sekali baru aku buat klim, dapat RM 90, banyak tu, masa tu banyak la, cuba sekarang , cukup untuk belanja dapur seminggu saja. Itulah perbezaan dulu dan sekarang.

Catatan Ekha 68
161520Jul 12

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com