Isnin, 16 Julai 2012

Kau Yang Satu

Seperti gadis-gadis lain juga, aku punya naluri untuk menyayangi dan disayangi oleh seorang yang bergelar lelaki, walaupun aku tidaklah berkapel seperti gadis-gadis masa kini yang serba terkehadapan sebelum melangkah. Rasanya persahabatanku dengan mereka dalam kawalan.

Di tempat kerjaku masa tu aku seorang saja anggota wanita yang belum berkahwin, dan dipersekitaranku adalah anggota-anggota tentera yang masih bujang kebanyakkanya. Terus terang ada diantara mereka yang menaruh hati kepadaku. Berbagai-bagai cara mereka nak buka mulut, tapi malu nak cakap sendiri. Maka ramailah kakak angkat dan abang angkat yang mewakili mereka sebagai jurucakap untuk menyampaikan hasrat hati mereka. Tidak kurang juga mereka yang berterus terang sendiri kepadaku.

Aku pun tidak kisah dengan mereka, sekadar untuk berkawan aku terima, nanti kata kita sombong pula. Aku pun berkawan dengan Kpl Samsudin b Ibrahim orang N9, En Ayub b Osman orang Felda Gedangsa. Dia kerja HA di Seri Kembangan.Tidak kurang juga aku diperkenalkan dengan LKpl Nasarudin b Abu Bakar, cawangan KEMBALIK asal dari Muar Johor. Kemudian aku diberitahu Sjn Manan pun ada hati denganku juga. Tapi yang anak jantan sekali ialah Kfn Abd Razak dari Kedah dia cakap terang-terang sendiri suka kat aku. Aku terkedu selepas mendengarnya.

 Pendik cerita aku cakap siapa yang datang kerumah ku jumpa orang tua ku itulah yang aku pilih jadi suamiku. Suatu hari LKpl Nasarudin datang jumpaku ditempat kerja dan mengajak ku balik kampung denganya esok hari. Biar betul mamat ni kata hatiku. Seperti yang dinyatakan esoknya lepas kerja dia sampai dirumah bujangku, aku pun balik dengannya disertai juga seorang kawannya. Kami pun sampai juga kerumahku.

Terkejut orangtuaku aku balik dengan orang lelaki. Tapi dalam perjalanan kerumahku lah dia menyampaikan hasrathatinya untuk melamarku. Dia pun melamarku dalam kereta yang kami naiki.Dia juga singgah di kedai emas untuk membeli cincin. Dia suruh aku pilih, jujur aku katakan aku tak pandai nak pilih. Akhirnya aku pun pilih sebentuk cincin belah rotan yang berpatutan harganya.

Akhirnya aku terima lamaran dan pinangan dia dan kami pun disatukan pada 18 Ogos 1991. Jadilah kami pasangan suami isteri hingga kini dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kau yang satu antara bintang beribu suamiku.....



Catatan Ekha 68
161410 Jul 12

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com