Kisah Aku Puasa
Bulan Ramadhan adalah bulan yang
dinanti-nantikan kedatangannya oleh semua orang Islam. Pada bulan tersebut
tersembunyi beribu-ribu keberkatan, kerahmatan dan pengampunan . Inilah masanya
untuk kita meraih, mengutip, mengumpul, mengaut dan macam-macam lagi untuk
mendapatkan dan memiliki segala macam khazanah yang ada padanya. Peluang ini
hanya didapti dibulan Ramadhan sahaja. Tidak mungkin kita menemui khazanan ini
dibulan-bulan yang lain. Selagi peluang masih ada sama-samalah kita
mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan amal makruf dan meninggalkan yang mungkar.
Sejak seawal usia kanak-kanak aku
mula belajar puasa. Lebih tepat dan mudah Puasa Yang Yok (pagi-pagi buka
periuk) Walaupun aku tidak tahu apa itu puasa dan kenapa di wajibkan berpuasa,
tapi mengikut kata ibuku kita tak boleh makan waktu siang dan hanya dibolehkan
makan pada waktu malam. Aku pun berpuasa yang termampu aku lakukan. Bertambah
usia maka bertambahlah pengetahuan ku tentang puasa ini. Pada peringkat
permulaan sekolah aku puasa masa disekolah, tapi bila aku balik kerumah ada
juga curi-curi minum waktu tengahari kerana waktu itulah yang mencabar keimanan
mereka yang puasa. Hal ini tidak berterusan kerana dengan keberkatan yang ada pada
bulan Ramadhan ini secara sendiri kelaparan dan keletihan ini tidak dapat
dirasai. Itulah hikmahnya Allah perintahkan kita puasa dibulan Ramadhan ini.
Bagi mereka yang tidak beriman
kepada Allah, mereka merasakan bulan ini
adalah satu penyiksaan dan meletihkan kerana banyak pantang larang yang tidak
boleh dilakukan. Berbeza dengan mereka yang beriman segala tegahan itu dihadapi
dengan tenang dan diiringi dengan kesabaran. Insya Allah balasannya pasti akan
kita nikmati jua akhirnya.
Waktu berbuka adalah waktu yang
ditunggu-tunggu, kerana kita boleh makan setelah seharian kita menahan lapar dan
dahaga. Dizaman kanak-kanakku sementara menunggu waktu berbuka ibuku menyuruh
aku main buaian dibawah pokok yang memang dibuat oleh bapaku, untuk mengelakkan
aku mengacau ibuku membuat persiapan untuk berbuka aku pun disuruh main
daripada duduk menghadap makanan yang disediakan, bukan boleh makan lagi kata
ibuku. Yang aku perasan waktu berbuka ibuku mesti masak bubur nasi dan sayur
goreng untuk menggantikan nasi. Menu ini masih diamalkan sehingga kini. Tapi
ada juga ibuku masak nasi biasa kerana perubahan selera di usia begini. Aku
cuba juga mengikut menu ini tapi anak-anakku tidak menggemarinya. Aku buat
sekadar untuk melepaskan keinginanku sahaja. Lain orang lain citarasanya.
Kesahku berpuasa dizaman sekolah
menengah, aku ni pelajar sekolah aliran agama, yang lebih dikenali dengan
Sekolah Pondok. Bagi pelajar lelaki memang mereka duduk dipondok-pondok kecil,
bagi pelajar wanita pula duduk diasrama panjang. Sekolah ini tiada disediakan
makanan. Setiap pelajar kena masak sendiri, termasuklah diriku.Bila tiba bulan
puasa kami berkongsi makan masa buka dan sahur. Ini lebih meriah dari makan
sendiri-sendiri.Tradisi ini berlaku sampailah aku tamat belajar disekolah
tersebut.
Pada ketika ini juga kami
berlumba-lumba untuk menamatkan 30 juzuk Al-quran (tadarus).Juga tidak lupa
untuk berterawih , sebelum aku memasuki sekolah pondok ini seingat aku tak
pernah untuk solat teraweh, cuma bapaku sahaja yang pergi sembahyang teraweh
disurau.Sekali-sekala mereka akan membawa makanan untuk morey selepas selesai
solat teraweh. Biasanya pada masa ini orang-orang muda akan main bedok sambil
makan-makan untuk menghilangkan kepenatan teraweh tadi. Diasrama kami
diwajibkan teraweh bersama-sama yang diimami
oleh isteri Pengetua sekolah tersebut.Mereka yang lebih senior bergilir-gilir
menjadi bilal solat teraweh, tidak ketinggalan diriku pun terlibat sama. Sememangnya
Ramadhan ini sangat menyeronokkan dan kalau boleh biar berterusan anpa timbul
bulan-bulanyang lain.
Tradisi budak kampong bila
Ramadhan hampir pergi, Syawal kan tiba, mereka mula buat meriam dari
berbagai-bagai bahan. Yang mashur guna batang kelapa. Bila dah tiba waktu berbuka
mereka pun mula berdentam dentum bunyinya bagi memeriahkan suasana kampong. Anihnya
masa tu tak ada pula yang putus jari sana sini. Pelbagai golongan mereka main meriam,
dari golongan bapa-bapa hingga anak-anak. Mereka main ikut peraturan dan diawasi
oleh golongan dewasa. Tapi aku Cuma dengar sahajalah bunyi meriam tu sebab aku tak
ada kawan nak nengok, sebab mereka biasanya buat disurau. Sekarang sungguh berbeza
dengan dahulu,mercun pula yang memeriahkan suasana malam. Yang tak sedapnya baru
hari puasa pertama dah ada mangsa yang putus jari kena mercun. Mercun ini juga mengganggu
jemaah masjid dan surau kerana ada anak-anak yang bermain waktu solat dilaksanakan.
Catatan Ekha 68
022142 JUL 2012
0 ulasan:
Catat Ulasan