Selasa, 3 Julai 2012

1 Syawal muncul lagi – Raya dulu dan kini

1 Syawal muncul lagi – Raya dulu dan kini

1 Syawal tarikh keramat bagi umat Islam yang berpuasa. Bagi mereka yang berjaya menempuh ujian dan cobaan berpuasa sebulan Ramadhan hari ini adalah hari mereka meraikan kemenangan dari menghadapi kegetiran ujian di Ramadhan Al-Mubarrak.

Ada sesetengah mereka yang ingin hidup selamanya dalam bulan Ramadhan kerana tidak puas untuk menikmati kenikmatan, kebesaran, keberkatan yang tiada ditemui dibulan-bulan yang lain. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar dan tidak mengetahui rahsia di sebalik Ramadhan ini sentiasa menghitung hari bilakah syawal akan menjelma dan mereka akan merdekan dari sebarang kelaparan dan larangan disiang hari. Alangkah ruginya mereka ini. 

Seperti kanak-kanak lain hari raya adalah hari yang gembira bagi mereka. Hari raya dapat memakai pakaian serba baru dari baju kurung, gaun, seluar panjang, tudung, kasut dan sebagainya semua baru dan mengikut fesyen ketika itu. Ibuku akan menjahit baju kurung setiap kali raya. Gaun dan seluar panjang mereka beli di pasar Bg Datoh atau Telok Intan. Waktu itu tak ada shoping seperti masa ini, apa yang dibuat, apa yang dibeli oleh orang tuaku itulah yang aku pakai di hari raya tersebut. Punyalah tak sabar nak tunggu hari raya tidur pun peluk  baju baru, kasut baru dan yang lain-lain lagi. Itulah dunia kanak-kanak yang ku alami.

Selain dari pakaian. Ibu juga membuat kuih muih, yang tak boleh tinggal kek oren sebab itu adalah kuih kegemaran bapaku. Ibuku juga membuat biskut, peyek, bahulu dan lain-lain lagi.Kuih kegemaranku ialah bahulu gulung atau bahulu lapis yang disapu dengan jem nenas. Kebanyakkannya ibuku buat pada waktu malam kerana mengelakkan di kacau oleh aku dan adik-adikku yang kecil-kecil lagi waktu itu. Ketupat, rendang,  serunding dan pecal adalah makanan  wajib di pagi hari raya.

Dulu di zaman kanak-kanakku tak ada tradisi kutip duit raya, bila aku beraya ada yang bagi dan ada yang tidak, kalau bagi pun sekadar sen-sen sahaja paling banyak pun RM 1, itu pun kalau pergi rumah orang yang berada sedikit (mewah).Kalau aku pergi rumah datok dan nenekku adalah mereka bagi duit raya pada kami cucu-cucunya.Dulu kalau dapat duit pun tak tahu nak buat apa, paling-paling pun bagi pada orang tua untuk disimpan. Itulah sedikit memoriku menyambut hari raya di zaman kanak-kanak. Berbezakan dulu dan kini.

Berbeza dizaman anak-anakku kini, mungkin keadaan dulu dan sekarang berbeza dan persekitaran pun dah berubah, mereka tak boleh nak disamakan dengan keadaan zaman kanak-kanakku. Mereka lahir di zaman serba moden celik-celik mata jumpa kesenangan yang mengelilingi mereka. Itu rezeki mereka. Semuanya tetap meriah mengikut keadaan semasa dan waktu itu.Walaupun aku besar di kampong raya tetap meriah, dibandar pun apa kurangnya. Orang bandar pun balik kampong, ini bermakna raya di kampong lagi meriah

Dulu aku terima saja apa yang disediakan oleh ibubapaku persiapan raya ini. Aku pun membuat persediaan itu kepada anak-anakku mengikut kemampuan yang aku dan suami mampu adakan. Cukuplah untuk bertukar pakaian sehelai dua. Cuma sejak kebelakangan ini kami beli baju mengikut tema warna untuk dipakai di pagi 1 Syawal, nampaklah sikit perbezaan dan senang nak di kenal, yang pakai baju warna biru contohnya itu keluarga aku atau keluarga abang bila beraya disebelah mertuaku. Setahun sekali nak meriah, lain hari tak buat pun.Yang penting jangan boros.

Dulu aku tak tahu tradisi meminta maaf kepada dua ibubapa di pagi raya, yang aku tahu dapat pakai baju baru, dapat makan kuih-muih, ketupat dan lauk pauk. Itulah raya bagi diriku. Dengan pengetahuan yang aku pelajari disekolah sedikit sebanyak pengisian hari raya berbubah dalam diriku, aku memohon maaf pada ibubapaku dan saudara mara yang aku kunjungi.Bila aku dah berumah tangga apun pun memohon kemaafan kepada suamiku.

Cuma aku tidak merasai kemeriahan solat sunat Aidil Fitri, sama ada ketika beraya dulu dan kini, di kampungku tidak didirikan solat sunat hari raya bagi golongan wanita, begitu juga di kampong belah suamiku. Itulah kekurangan yang aku hadapi. Andai solat hari raya dapat ditunaikan bertambahlah kenikmatan hari raya itu dalam diriku. Semoga situasi ini tidak berpanjangan dan pihak pentadbir masjid buatlah perubahan mengikut peredaran masa dan suasana. Kaum wanita pun hendak merasai suasana solat Aidil Fitri juga. Pemikiran wanita masa kini sudah terbuka luas seiring dengan permodenan dunia IT.

Oleh kerana aku masih merantau dari satu negeri ke satu negeri dan duduk di kuartes ATM adalah peluang untuk aku mendirikan solat sunat Aidil Adha kerana selalunya aku tidak balik ke kampong dan menyambut di kuartes sahaja. Surau- surau tertentu di kem ATM ada yang mendirikan solat teresebut, jadi aku pun menghadirkan diri disitu bersama keluargaku ataupun di masjid tempatku tinggal. 

Catatan Ekha 68
032136 JUL 2012

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com