Sabtu, 7 Julai 2012

Kisah Aku Sekolah

Kisah Aku Sekolah

Alam persekolahan adalah satu perubahan baru bagi setiap kanak-kanak. Mereka bermula dari Sekolah Tadika lagi. Sekarang ini penubuhan Taska bagai cendawan lepas hujan. Fenomena ini tidak didapati dizaman dahulu kerana kebanyakkan ibu-ibu zaman dahulu ramai yang tidak  bekerja diluar rumah samada disektor kerajaan ataupun swasta. Berbanding masa kini ramai ibu-ibu bekerja dan berkerjaya yang memerlukan tempat jagaan kanak-kanak untuk meletakkan anak mereka disepangjang ketiadaan mereka. Bagi anak-anak yang ditinggalkan dipusat asuhan , mereka mendapat pendidikan lebih awal lagi.Dipusat-pusat jagaan ini mereka didedahkan dengan berbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembesaran mereka

Bagi kanak-kanak seperti aku ini alam persekolahanku bermula dari darjah 1 pada tahun 1975. Sewaktu itu dikampungku tak wujud sekolah Tadika. Jadi aku mula belajar menulis dan membaca sebelum melangkah ke darjah 1 di rumah sahaja dengan ibuku. Dialah ibu dialah guruku diwaktu itu.

Aku tidak merasai suasana membeli belah untuk mencari persiapan dan kelengkapan sekolah seperti anak-anak masa kini. Semua kelengkapan dan keperluan persekolahan ku disediakan oleh ibubapaku. Masa tu sekolah masih pakai gaun lagi, sekarang diwajibkan pakai baju kurung. Aku melangkahkan kaki disekolah dengan dihantar dan dijemput oleh bapaku.Kadang-kadang bapaku hantar naik basikal dan kadang-kadang naik motor. Rumahku jauh dari sekolah

Darjah 1 guru kelasku Cikgu Shaari kut, belajar sekolah papan masa tu. Pergi sekolah ibuku membawakan aku bekal nasi. Yang lucunya mula-mula ibuku masukkan bekal dalam tapawer, tapi asyik hilang saja bekas tu.Mungkin aku lupa nak bawa balik. Akhirnya ibuku bungkus nasi bekalku dengan daun pisang saja, dah makan terus buang.Duit belanja masa tu 5 sen saja, untuk beli ais krim. Tidak seperti anak-anakku masa kini RM 2. Itulah yang termampu aku berikan

Disebelah pagi aku sekolah kebangsaan dan disebelah petang aku sekolah agama pula. Sekolah agama ada 3 kelas sahaja masa tu. Ustaznya pun 3 orang sahaja. Arwah Ustaz Hj Khadzri, Ustaz Hj Jumri dan Ustaz Hj Shaarani. Disekolah ni lah aku belajar ilmu fardu ain yang diamalkan hingga sekarang ini. Semoga ilmu yang dicurahkan oleh ustaz-ustaz semua jadi jariah kalian yang berpanjangan.

Meningkat tahun ke tahaun aku pergi sekolah sendiri saja. Aku dah pandai naik basikal. Tapi yang lecehnya bila hari hujan bapaku tak bagi naik basikal, terpaksalah aku jalan kaki. Ramai-ramai seronok juga.

Berbeza dengan anakku, pergi sekolah naik Feri Sekolah (bas sekolah) tapi naik 3 ton. Maklumlah anak tentera, pergi sekolah pun naik kenderaan tentera. Jimat sikit tak macam naik bas sekolah bayar mahal, ni bayar RM 3 untuk setahun.Dari anakku yang sulong sampai anakku yang bongsu semua naik feri sekolah, tak payah aku nak fikir nak hantar dan jemput mereka sekolah. Esok bila aku dah pencen tak merasa lagi anak-anak ku naik lagi.I tu kemudian kita fikir, apa yang ada itu lah yang korang naik. Silap-silap jalan kaki.

Sekolah kebangsaan dah habis aku dihantar pula sekolah agama, sekolah pondok di Bt 26, Bg Datoh. Mula-mula aku tak nak sebab aku nak sekolah menengah di SMK Khir Johari, Sg Sumun. Boleh pergi sekolah naik bas, kawan-kawanku ramai yang sekolah disitu. Aku yang sekolah lain. Tak nak tak nak habis juga aku belajar disitu sampai ting 6 atas, cuma keputusan STPM ku saja yang kurang memuaskan. SPM pun dapat 3 saja.

Alhamdulillah walaupun SPM 3 dengan BM 7 aku di terima juga masuk tentera. Tapi aku ambik juga Kertas Julai dan dapat 5, boleh juga menampung yang tak kredit tu. Bermula dari 1975 aku sekolah dan aku menamatkan pengajiaanku pada tahun n1987.Tak masuk U tapi masuk ATM.

Keputusan peperiksaanku sepanjang sekolah
1. Ujian penilaian darjah 5 3A 2B
2. SRP pangkat A
3. SPM pangkat 3
4. Shahadah 5 Thanawi pangkat 1
5. STPM  2P

Catatan Ekha 68
072125 Jul 12   

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com