Selasa, 17 Julai 2012

Pisang Masak Lemak

Aku ingin mencuba resepi masakan yang pernah ibuku masak masa di kampung dulu, pisang masak lemak. Aku nak cuba buat kelainan dalam hidangan untuk suamiku. Setelah semua bahan dan rencah ada, aku pun memasaknya seperti yang ibuku buat. Pisang muda tu, aku buang kulit luaranya, bukan semua, nipis sahaja.

Pendek cerita masa nak makan suamiku pergi ke dapur dan melihat apa yang aku buat tadi didalam periuk. Dia bertanya mana kulit pisang tu, kenapa tak masukkan sekali? Aku pun pelik, kenapa kulit pun nak kena masak juga. Aku cakap la, aku buang dalam tong sampah. Suamiku pun mengambilnya dan dibasuh terus dimasukkan dalam periuk tadi bersama pisang yang telah ku masak.

Aku bertanya kenapa kena masukkan juga kulit pisang tu? Dia kata orang Johor masak masukkan sekali kulitnya. Aku pula berkata " mak saya masak dia buang, sebab tu saya buang". Satu pelajaran baru bila masak lemak pisang untuk suamiku aku tak buang kulit pisang tu. 

Dengan takdir tuhan aku balik kampung suamiku, kebetulan hidangan tengah hari masa tumasak lemak pisang, aku pun perhatikan samada kulit ada ke tak ada. Memang ada dalam kuah tu. Maaf suamiku kita berbeza budaya.

Itu semua jadi kenangan dah....

Catatan Ekha 68
171350 Jul 12

0 ulasan:

 

Blog Template by YummyLolly.com